Thursday 30 August 2012

Ayam Halia




Last monday i was caught in the traffic on my way back home from office.  Sampai umah dah 7.15 pm.... sampai umah terus bersilat kat dapur...and after 20 mins...voila! Hasilnya masakan orang malas...kekekekke Ayam Halia.  Eh! Okay lah tuh...masak jugak.  Apa yang penting...keikhlasan! Chewahh! Kalau tak cakap mcm tuh nak cakap macam mana lagi kan kan... :P  Jom tengok resepi.

~Ayam Halia~

Ayam (bahagian isi sahaja dan dihiris sederhana nipis)
3 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar (dimayang)
1/2 labu bawang besar (dihiris kasar)
3 inci halia (dimayang halus)
1 biji cili merah (dimayang)
1 tangkai daun bawang
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 sudu makan kicap manis (kuantiti ikut citarasa)
2 sudu makan sos tiram (kuantiti ikut citarasa)
Minyak untuk menumis
Kunyit serbuk
Sedikit air

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, isi ayam, kunyit serbuk, kicap manis & sos tiram.  Goreng sehingga ayam masak.  Tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh.  Tambahkan lada hitam, bawang besar & cili serta daun bawang.  Padamkan api serta hidangkan.  Tambahkan lagi halia yang telah dimayang jika sukakan halia segar.

Wednesday 29 August 2012

Ikan Bilis Masak Asam




Ini adalah salah satu masakan yang paling mudah tapi menyelerakan pada I.  I dah kehabisan idea nak masak apa untuk sahur puasa 6.  Sepanjang berhari raya asyik makan ayam & daging sampai jemu.  Bila ternampak ikan bilis, idea pun datang hehehe.  My Other Half bila ditanya "Ikan Bilis Masak Asam okay tak?"...dia jawab "Eh! Dah lama you tak masak...OK set!"  Tersenyum lebar lah i...sebab mudah nak masak (nampak sangat i malas kan...hehehe).  Alah sekali sekala tukar selera apa salahnya.  Masakan nih diajar oleh my Mom when i was a teenager yang sedang belajar masak.  Thanks Mom!  Jom kita tengok resepi :)

~Ikan Bilis Masak Asam~

Ikan Bilis
4 ulas bawang putih (dimayang kasar)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 inci halia (dimayang)
1 biji cili (dimayang)
1/2 sudu makan gula
1/2 cawan air asam jawa (ikut citarasa)

Gorengkan ikan bilis sehingga garing, angkat & toskan.  Tumiskan bawang putih & halia menggunakan lebihan minyak gorengan ikan bilis (atau boleh menggunakan minyak yang baru) dan masukkan air asam jawa dan gula.  Jika perlu tambahkan garam.  Apabila mendidih, perlahan api dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tambahkan bawang besar dan cili merah.  Biarkan seketika sehingga ikan bilis separuh lembut dan padamkan api.  Siap untuk dihidangkan...

Fussili Chicken





Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk semua :) Okay now let's talk food.  What do you normally do on leftovers?  Hah inilah hasil leftover pasta ada dalam fridge i....nak buang fussili kan sayang sebab last masih elok.  Buka fridge, ada ayam, carrot, cili & fennel....wahhhh menarik nih.  Too bad tak ada button mushrom.  Kalau ada lagi best!  Tapi tak apalah...masukkan aje bahan-bahan yang ada.  So i pun mula bersilat di dapur :P  Masakan yang cukup simple but delicious.  Jom tengok resepi.

~Fussili Chicken~

Fussili
Isi Ayam [didadu]
3 ulas bawang putih [ditumbuk]
1/2 labu bawang besar [didadu]
2 biji cili merah [didadu]
1/2 batang carrot [didadu]
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 tangkai fresh rosemary
Sedikit fennel [dimayang kasar]
3 sudu makan olive oil
Garam secukup rasa

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah & isi ayam.  Masukkan rosemary, lada hitam, carrot, cili merah, biarkan seketika.  Tambahkan garam secukup rasa.  Masukkan fussili dan fennel kemudian gaul sehingga mesra.  Tambahkan bawang goreng apabila siap dihidang.

Selamat mencuba.

Friday 10 August 2012

Laksam Mak Tok




Last week my mom buat laksam utara sebagai potluck majlis berbuka di rumah my sister Manja.  My Mom punya laksam memang sedap!  Tapi Mak Teh i punya laksam paling sedap heheh.  I tak dapat nak kongsi resepi kat sini sebab i belum pernah cuba masak...asyik makan jer i tau hehehe.  I letak jer gambar dulu...nanti bila i dah cuba masak, i akan snap the pic lepas tuh upload bersama resepi...Insyallah.  Layan jer lah gambar nih :P Sorrylah i nih kalau makan laksam, ulam-ulam yang lebih sampai tak nampak isinya hahahah.

Daging Berempah Ekspres



Ini pulak permintaan my darling girl yang keletihan berpuasa tuh yesterday.  So sambil bakar ikan, i goreng daging nih, ekspres! Kelam kabut betul mengejar masa.  Dah lama i tak goreng daging.  Kat umah tuh red meat kurang sikit.  Sekali sekala barulah i masak.  Okay lah silalah menjamu mata :)

~Daging Goreng Berempah~

Daging
1 labu bawang besar
1 cili merah
1 tangkai daun saderi
1 sudu kicap manis
1/2 sudu lada hitam
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit serbuk

Panaskan minyak, masukkan daging yang telah digaul mesra bersama garam & kunyit.  Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga air kering dan daging lembut.  Masukkan rempah kari, kacau sehingga rempah masak. Masukkan kicap dan lada hitam.  Masukkan bawang besar, cili merah dan daun saderi.

Simple kan!! Selamat mencuba.

Ikan Bakar & Air Asam




Salam Jumaat untuk semua :) Hari nih busy sikit so x boleh nak berceloteh panjang.  I nak tunjuk menu yang i masak semalam for berbuka.  My Other Half nak makan ikan bakar daun pisang & air asam. I guna kunyit hidup yang ditumbuk bersama garam dan dilumurkan pada ikan sehingga rata, kemudian dibalut dengan daun pisang.  Panggangkan di atas api sederhana perlahan.  Ikan bakar nih ditemani [chewahh!] oleh air asam.  Sorry lah ya gambar ikan tuh tak cun..tak kose nak cantikkan susunan segala sebab azan berkumandang..

~Air Asam Maktok~

2 inci belacan yang telah dibakar
1 biji limau nipis
2 biji tomato muda
2 biji cili merah
10 cili padi (dilenyek)
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa


Hiriskan bawang besar, tomato muda dan cili merah.  Hancurkan belacan dan tambahkan sedikit air, masukkan limau nipis, garam dan air asam jawa. Lenyekkan cili padi.  Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris. Siap dihidangkan.

Selain daripada cara di atas, boleh juga dicuba cara kedua ini -  belacan ditumbuk bersama cili merah sehingga hancur [seperti membuat sambal belacan], tambahkan sedikit air, air limau nipis, garam, air asam jawa dan campurkan dengan bahan-bahan yang telah dimayang.

Thursday 9 August 2012

Sambal Tempe Ikan Bilis



I teringin sangat nak makan sambal tempe ikan bilis nih...tapi kat rumah tuh i sorang jer yang makan tempe nih, itupun kalau digoreng garing ler.  So lepas selesaikan masakan for My Other Half & daughter, i masak ler untuk i pulak.  Cubaan pertama yang menjadi ...alhamdulillah kena dengan citarasa i. 

I kan tak pandai masak sambal tempe nih...dulu pernah cuba tapi silap teknik..jadik lembik...dan bila lembik tekak i tidaklah dapat menerima tempe.  Baru-baru nih i terbaca cara buat sambal tempe ikan bilis nih di blog  Chef Hanieliza , baru i tau tempe & bilis digoreng asing kemudian baru dicampur bersama.  Terima kasih ya Chef Liza.

~Sambal Tempe Ikan Bilis~

6 sudu makan cili kisar [telah dikisar bersama bawang merah & putih]
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh kicap manis
sedikit garam
sedikit air asam jawa

Gorengkan ikan bilis & tempe berasingan sehingga garing, angkat & toskan.  Tumiskan cili kisar, kemudian masukkan sedikit gula dan air asam jawa & kicap manis.  Tambahkan sedikit garam secukup rasa.  Biarkan sehingga masak.  Padamkan api dan biarkan seketika.  Masukkan ikan bilis & tempe yang telah ditoskan tadi ke dalam sambal dan gaulkan sehingga mesra.

Selamat mencuba :)


Penggal Asam Ayam



Dah lama i tak makan penggal asam (penggasam) nih...Last makan was in June in Penang. Sebenarnya ini adalah masakan turun temurun keluarga sebelah my Babuji :)  So yesterday i mintak resepi from my cousin, balik umah i masak sebab My Other Half & daughter dok sebut-sebut menu nih.  Entah apa silap...kurang jadik ler...rasanya kurang cili & santan.  Akan tetapi disebabkan depa dah kelaparan tahap mega...maka depa makan dengan jayanya...

So i letak gambar jer lah...i cuba masak sekali lagi dan kalau jadi, i akan update the resepi :)  till then, sila jamu mata dah lah yer hihi :P

Tuesday 7 August 2012

Sambal Sotong Petai




Isnin 6 August kan cuti sempena Nuzul Quran, so i lepak di rumah jer.  Dari pagi sampai almost 2 pm dok buat biskut raya [or more like biskut ramadhan sebab tak sempat simpan for raya].  By the way i siapkan 2 biskut nih dan mengemas segala...i dah keletihan.  Petang My Other Half cadangkan berbuka di luar.  Mulanya setuju lah tapi by 4 pm, rasa malas mula datang hehe.  Cuaca pun mendung. Tak payah keluarlah today. So i pun ke dapur at 5 pm, keluarkan sotong.  Ingatkan nak buat Calamari Rings tapi My Other Half mintak buat sambal tumis sotong petai.  Petai pun ada 2 keping jer. 

My Other Half nih kalau petai dia suka sekali dengan kulit dan tak suka dihiris halus.  Tak dapat rasa katanya. I lagi ler suka kalau hiris tebal sebab mudahkan kerja i...betul tak? hehehe.  So yesterday i masak sambal sotong petai, ikan bawal goreng, singgang ikan kembung dan udang goreng kunyit.

Cara memasak sambal sotong petai ni sangat mudah. Gorengkan petai sebentar, angkat & toskan.  Campurkan ke dalam sambal sotong apabila telah siap dimasak.  Untuk resepi sambal sotong, rujuk Sambal Sotong Ummi . Errr...maaflah ya kualiti gambar x memuaskan.

Selamat mencuba :)

Udang Goreng Berempah




Udang goreng berempah ni diminta oleh my girl for iftar minggu lepas.  I pun turutkan jer sbb sangat mudah dimasak lagipun sedap.  Udang pun dah siap dibuang kulit beberapa hari lepas jadi cepatlah persiapan nak memasak.  Hehe apa saja resepi yang mudah....okay jer.  Jom layan resepi yang simple ni :)

~Udang Goreng Berempah~

Udang [dibuang kulitnya]
2 sudu makan rempah kari [ikut kuantiti udang]
1/2 sudu makan serbuk kunyit [ikut kuantiti udang]
1 labu bawang besar [dihiris kasar untuk hiasan]
1 cili merah [dihiris]
3 tangkai daun saderi
1 tangkai daun bawang
1 sudu makan kicap manis
Garam & lada hitam

Udang yang telah ditoskan, digaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.  Panaskan minyak dan masukkan udang, perlahankan api, tambahkan serbuk kari. Gorengkan sehingga udang masak.  Tambahkan sedikit kicap manis.  Padamkan api.  Taburkan lada hitam, bawang besar, hirisan cili, daun saderi & daun sup.  Kacau sehingga mesra dan biarkan seketika.

Selamat mencuba ;)


Gulai Ikan Kering Mak Tok




Sabtu lepas adik i si Manja menjadi tuan rumah majlis berbuka keluarga.  It was more like a pot-luck session lah...so i ditugaskan memasak kurma & kerabu.  Seorang lagi adik perempuan i tuh dia pulak kuih-muih (tapi dia beli semuanya :P), my sister inlaw pulak bawak sagu gula melaka dan my mom pulak bawak homemade laksam dan gulai ikan kering seperti gambar diatas.  Host pulak masak mixed vege dan ikan percik.

I belum sempat masak gulai ikan kering sepanjang berpuasa ni, jadi i gunakan gambar hasil masakan my mom.  Jom kita tengok resepi.

~Gulai Ikan Kering Mak Tok~

Ikan kering talang (campurkan bahagian tulang)
2 senduk serbuk kari daging
1 sudu cili kisar
1 labu bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dimayang)
5 biji bawang merah (dimayang)
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
2 biji kentang
1 biji lobak merah (dipotong jejari)
1 biji terung
2 biji cili merah
1 biji tomato
Sedikit air asam jawa

Campurkan bawang yang telah dikisar atau ditumbuk bersama serbuk kari, tambah sedikit air dan jadikan pes.  Masukkan ke dalam periuk bersama dengan ikan kering (kepingan tulang), tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh.  Masukkan santan, kentang dan lobak, biarkan seketika. Tambahkan air asam jawa, garam jika tidak masin & sedikit gula. Masukkan terung & tomato.  Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih dengan di atas api yang perlahan. 

Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.  Masukkan bawang merah & bawang putih yang telah dimayang bersama kulit kayu manis dan bunga lawang dan daun kari.  Goreng sehingga bawang menjadi perang keemasan.  Tuangkan bahan yang ditumis bersama sedikit minyak tumis ke dalam periuk kari dan tudung segera.  Biarkan beberapa minit barulah hidangkan.

Selamat mencuba :)

Monday 6 August 2012

Ikan Masak Cuka




Hari nih kekurangan idea apa nak dimasak masa berbuka.  Lagipun sampai rumah agak lewat, Hah, resepi paling mudah, apa lagi kalau bukan Ikan Masak Cuka atau jugak dikenali sebagai Acar Ikan.  I suka masakan nih sebab mudah tapi sedap.  Malas nak cerita panjang, jom layan resepi.

~Ikan Masak Cuka~

Ikan Kembung (ikut citarasa)
2 labu bawang besar (dibelah kasar)
8 biji bawang putih (dibelah kasar)
3 inci halia muda dimayang
1/2 sudu teh biji sawi
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
sedikit cuka & air
garam & garam secukup rasa

Ikan digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.  Tumis biji sawi bersama sedikit bawang putih, masukkan sedikit air.  Tambahkan sedikit cuka, gula & garam.  Biarkan mereneh kemudian tambahkan semua bahan-2 seperti bawang besar, bawang putih, halia dan cili. Masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuah dan biarkan sebentar :)

Friday 3 August 2012

Kerabu Suhun Ummi





Dah hampir 2 minggu berpuasa, belum sekali pun lagi pergi berbuka di luar dan membeli lauk-pauk di Pasar Ramadhan.  Setakat beli kuih tuh baru 3 kali.  Wah! Ini satu pencapaian hebat tau...sebab tahun-tahun sebelumnya Pasar Ramadhan setiap hari i kunjungi dan selalu pergi berbuka di luar.  Masa dok berfikir menu untuk dimasak tengahari kelmarin, tiba tiba teringat kerabu suhun.  I nih memang suka kerabu...especially kerabu suhun sebab masam-masam pedas. 

Suhun pun dah ada kat rumah.  All the greens needed pun ada...Wah! Ini sudah bagus hihi.  Alhamdulillah hasilnya mengikut citarasa i lah.  My Other Half pun makan berulang.  A good sign lah tuh :) Jom kita tengok resepi yang i namakan Kerabu Suhun Ummi sebab i campak jer apa yang i nak ke dalam resepi hihi.


~Kerabu Suhun Ummi~

2 paket Suhun
2 cili padi - ditumbuk
1/2 genggam udang kering
2 cili besar merah - dimayang
1 cili besar hijau - dimayang
2 pokok daun bawang
1 pokok daun saderi
1 pokok daun ketumbar
2 biji limau nipis
1 labu bawang besar - dimayang
3 biji bawang kecil
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Lada Hitam
Bawang goreng

Celur suhun dan toskan.  Tumbuk cili padi bersama belacan dan udang kering.  Masukkan ke dalam mangkuk besar untuk memudahkan proses menggaul.  Masukkan cili dan bawang yang telah dimayang bersama daun saderi, daun bawang dan daun ketumbar.

Tambahkan suhun yang telah ditoskan tadi ke dalam ramuan.  Gaulkan sehingga mesra.  Tambahkan garam ke dalam perahan limau nipis.  Kacau sehingga larut.  Tuang ke atas kerabu.  Tambahkan lada hitam dan bawang goreng.  Gaul dan hidangkan :)

Thursday 2 August 2012

Pajeri Nenas Honey




Teringin nak makan pajeri nenas lah pulak...so balik jer frm office, terus ke kedai beli nenas.  Bahan-bahan yang lain dah ada.  Pandai ker nak masak pajeri nenas nih? Ingat-ingat lupa lah pulak.  My darling ex-housemate, Honey yang ajar i masak pajeri nenas ni dulu.  That was 15 years ago in a different continent.  Hah tuh dia.  So i namakan lah Pajeri Nenas Honey...bukan sebab i guna nenas madu tapi sebab i ambil nama Honey.  If she reads this ... i missed those old days when the 4 of us were busy gossipping, singing and do all the funny & stupid things in the kitchen...and one day during dinner , teddy girl with no shoes but socks and spatula in hand hid in the backyard because of this chap came looking for her! hahahha. 

Dah lama betul tak masak resepi ni.  Tawakkal jer lah...and i poured in my all love cooking the other day.  Alhamdulillah menjadi.  Pajeri nenas nih i buat tak begitu pekat sebabnya i suka kuah pajeri.  My other half pun makan dengan seleranya.  Terus dalam hati ada taman...kekekekekek.  Jom kita layan resepi.


~Pajeri Nenas Honey~

1 biji nenas
2 kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 sudu makan udang kering - direndam dalam air panas & ditumbuk
1 labu bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
2 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
2 senduk serbuk kari daging
1 sudu makan gula (ikut citarasa)
1/2 cawan santan pekat (ikut citarasa)
Garam secukup rasa


Campurkan bahan kisar dengan rempah kari, tambah sedikit air dan jadikan sebagai pes.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang bersama denagn kulit kayu manis, bunga lawang serta daun kari.  Apabila bawang sudah kuning keemasan, masukkan pes kari, tambahkan udang kering yang telah ditumbuk halus.  Kacau sehingga mesra dan biarkan rempah masak dan pecah minyak.  Masukkan kerisik dan biar seketika.  Tambahkan sedikit santan dan masukkan nenas yang telah dipotong bulat atau separuh bulat. Masukkan garam & gula.  Biarkan mereneh sehingga masak. 

Selamat mencuba :)

Wednesday 1 August 2012

Kurma Ayam Ekspres




I sampai rumah agak lewat hampir 6.40 pm...kelam kabut nak masak.  My other half mintak kurma ayam.  Wahhh! sedap nih, tapi masa tengah memasak, dia nak berkuah lebih.  So jadiklah macam kurma kat kedai mamak yang berkuah.  I nih pulak suka kurma macam kat kenduri kawin yang pekat.  Dilengkapi pulak dengan bawang besar yang dibelah 4...huihhh! sedap tuh.

Kurma yang i buat nih pulak i terlupa nak letak bawang besar.  I letak banyak kentang sebab depa kat rumah nih suka kentang.  Gambar kurang memberangsangkan...tapi since i dah nekad untuk kongsi sekeping gambar  hasil masakan i sepanjang bulan puasa nih, so tak kisahlah, letak jer...yang pasti i puas hati sebab licin keluarga i habiskan kekekeke.  My other half cuma cakap kurang lemak...kekeke dia tatau dia punya wife letak low fat milk + santan cair, memangler tak lemak kekekkek. Tak pa...untuk kesihatan ya tak!

Insyallah, Jumaat atau Sabtu nih masak kurma pekat pulak.  So enjoy the pic.

~Kurma Ayam Ekspres~ 

1 1/2 labu bawang besar
2 1/2 cm halia
4 biji bawang putih
3 peket kecil serbuk kurma
2 kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 1/2 biji limau nipis - diambil jus
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang lobak merah
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 tangkai daun kari
3/4 kotak low fat milk
1 cawan santan cair
1/2 ekor ayam
sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
minyak untuk menumis

Mayang 1/2 labu bawang besar dan 2 biji bawang putih. Kisar 1 labu bawang besar, halia dan bawang putih bersama rempah kurma.

Tumis bawang besar & bawang putih yang telah dimayang bersama, kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga bersama daun kari sehingga kuning keemasan.  Masukkan bahan-2 kisar dan kacau, tambah sedikit air dan biarkan sehingga rempah masak dan naik minyak.

Masukkan kentang dan ayam, biarkan seketika.  Masukkan santan cair dan renehkan.  Tambahkan susu, tomato, cili, lobak merah, sedikit gula sebagai ganti serbuk perasa, garam dan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar.  Renehkan sehingga kentang lembut.  Padamkan api, masukkan jus limau nipis.

Selamat mencuba.