Thursday 18 October 2012

Sup Ketam Ekspres



My Other Half minta i masakkan Sup Ketam yang i namakan Sup Ketam Ekspres sebab sangat simple hahahah.  Kalau masak sup ketam ni, hanya My Other Half lah yang makan sebab my darling girl and myself memang tak suka sup ketam...tapi kalau masak lemak ketam atau kari ketam or ketam sambal or goreng atau lain lain versi masakan ketam nih okay aje. 
 
~Sup Ketam Ekspres~
 
2 ekor ketam
2 ulas bawang putih [dicincang]
2 ulas bawang merah [dimayang]
1 tangkai serai [dititik]
Sedikit lada hitam [ditumbuk kasar]
Sedikit garam
 
Masukkan sedikit air ke dalam periuk, tambahkan bawang putih, bawang merah dan serai.  Biarkan mereneh sebentar kemudian masukkan ketam dan lada hitam serta garam. 
 
Mudahkan!  Selamat mencuba.
 

Friday 12 October 2012

Sambal Tumis Telur



Yesterday ada orang bagi i 2 biji telur rebus.  Terus terfikir sambal tumis telur...hahahhah! So last night i pun rebus lagi 2 biji telur.  Lama betul i tak masak sambal tumis telur nih...kalau jadi peneman nasi lemak mesti best nih...tapi nasi lemak untuk malam is a no go! Ha ha...nasi putih jer lah.  Jom tengok resepi :)
 
~Sambal Tumis Sotong~
 
6 sudu besar cili mesin
2 bawang putih
3 bawang merah
4 sudu besar santan pekat [boleh digantikan dengan susu]
Sedikit asam jawa
Sedikit gula & garam
Air [ikut citarasa]
 
Tumiskan bawang merah & bawang putih kemudian masukkan cili mesin.  Gorengkan sebentar kemudian tambahkan sedikit gula & garam serta asam jawa [masam & manis mestilah balance].  Akhir sekali tambahkan santan dan biarkan mereneh sehingga pecah minyak.
 
Di dalam kuali yang berasingan, masukkan telur rebus ke  dalam minyak yang telah panas.  Balikkan telur sentiasa sehingga bertukar warna.  Angkat telur tadi dan masukkan ke dalam sambal.
 
Mudah kan? Sorry gambar kurang menarik dan telur yang di belah dua itu comot hahahah x sabar nak makan dah tuh! Selamat mencuba.
 

Wednesday 10 October 2012

Daging Hyderabad



Dulu masa kat office lama, ada beberapa Indian consultants  from Hyderabad, Chennai, Calcutta dan lain-lain tempat di India.  Bila ada jamuan, these consultants brought their potlucks.  Sedap masakannya.  Ada sorang consultant nih, nama dia Saga.  Alamak! I tak ingat langsung nama penuh dia.  Dia banyak kongsi recipe masakan dengan i...salah satunya ialah Chicken Hyderabad.  Ini resepi versi mudah. Dia pun tahu i suka resepi mudah jer.  Kali ini I tukar resepi ayam kepada aging.  Resepi sama jer...yer lah ikut citarasa tekak i...hehehe

~ Daging Hyderabad ~

500gm daging
5 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar cili mesin [bawang merah/bawang putih/halia]
2 biji tomato [dimesin bersama cili mesin]
1 sudu kecil jintan manis [ditumbuk halus]
1 tangkai daun kari
1 sudu besar asam jawa
1 kotak kecil susu
2 biji cili merah [dibelah 2]
3 biji kentang [didadu kecil]
1 biji bawang besar [di hiris kasar ]
Sedikit gula & garam

Panaskan minyak, masukkan daging dan rempah kurma, tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh supaya daging empuk.  Kemudian masukkan kentang dan biarkan lembut.  Apabila daging sudah empuk dan kentang lembut serta air daging sudah kering, padamkan api.
 
Di dalam kuali yang berasingan, tumiskan cili mesin bersama daun kari dan jintan manis sehingga masak dan naik minyak.  Masukkan daging + kentang + cili merah dan tambahkan air asam jawa.  Tambahkan susu dan biarkan mereneh kemudian sebelum padamkan api, masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar.  Jika ada daun ketumbar, boleh taburkan di atas masakan.
 
Selamat mencuba :)

Tuesday 9 October 2012

Masak Lemak Cili Api Sardin



Tiba-tiba teringat lemak cili api sardin...hmmmm sedapnya! Semua bahan yang diperlukan ada kat dapur nih...hehe memang rezeki!  Kejap ajer dah siap. Jom tengok resepi.
 
~ Lemak Cili Api Sardin ~
 
15 biji cili padi [ikut citarasa]
2 batang serai [dititik]
3 biji kentang [dipotong kecil]
1 biji tomato [dibelah 4]
3 inci kunyit hidup
3 asam keping [ikut citarasa]
1 tin besar sardin
sedikit santan
sedikit garam
secubit gula [pengganti serbuk perasa]
 
Tumbukkan kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat.  Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit santan yang cair dan biarkan mereneh bersama serai & kentang. Apabila kentang empuk, masukkan 2 sudu kuah sardin, santan dan asam keping ke dalam periuk. Masukkan ikan sardin, sedikit garam, tomato dan secubit gula.  Biarkan mereneh seketika sehingga masak.
 
Ini adalah cara i masak..lain orang lain caranya.  Untuk lemak cili pi sardin i memang tak masukkan bawang.  I suka sangat masakan nih tapi tak boleh lah masak lemak selalukan.  Kalau tak mahu guna santan...boleh ganti dengan susu.  I've tried it! Sedap.
 
 

Monday 8 October 2012

Cek Mek Molek



My Other Half cakap sedapnya kalau dapat makan Cek Mek Molek.  Keledek pun ada kat dapur tuh....amboiiii baik sungguh dia bagi hint suruh i masak .... Hehehe dah dia dengan rela hati pi merebus keledek kemudian mengupas...i pun dengan rela terpaksa oppppps!! rela hati buat cek mek molek.  Senang kan kuih nih....kuih nostalgia untuk kami berdua wakakaakakkaka.  Mama, if u read this...jangan bantai gelak! Cuma sampai sekarang i tak faham kenapa cek mek molek nama diberi ...i wonder!
 
~Cek Mek Molek~
 
5 keledek
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit tepung
 
Rebuskan keledek bersama sedikit garam.  Buang kulitnya kemudian lenyekkan.  Tambah sedikit tepung - sorry lah ya, i x pandai nak cakap exact measurement for flour.  Ikut rasa, nampak dah okay, hentikan supaya doh tidak menjadi keras.  Kalau lebih tepung tak sedap!
 
Uli sehingga mesra.  Ambil sedikit kemudian bulatkan di antara kemudia tapak tangan supaya adunan menjadi lembut.  Kemudia leperkan sehingga berlekuk.  Letakkan sedikit gula kemudian cantumkan.  Letak diantara kedua tapak tangan dan roll sehingga mendapat bentuk seperti di atas.  Goreng dan hidangkan :)

Friday 5 October 2012

Roasted Chicken



Masa kat opis last week i dok terbayang roasted chicken lah pulak...so bila i cakap kat My Other Half my idea for dinner, dia syok! Dah lama tak masak masakan tuh katanya! Disebabkan sampai umah 7.15 pm , i tak sempat nak dapatkan mix greens. Tak palah without the greens pun. Sampai umah, buat apa yang patut, kemudian baru lah ke dapur.....buat marinade, boiled kentang and buat brown sauce and bakar roti. Sorang set the table and sorang lagi bancuh minuman....dok beradap meja makan dan zasssss! Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga :)

Sorry gambar x menarik, i letak dalam pinggan untuk makan...tak dernya nak buat composition elok-2 hehehe ditambah pula guna camera cap ayam wakakkka! Oh ! i tau ramai yang cukup arif memasak resepi nih ...tapi tak apa, i kongsi jugak sbb resepi i nih macam biasa....cukup ringkas [i kan wanita yang sibuk]! Jom layan resepi :P

~Roasted Chicken with Brown Sauce~

3 keping isi ayam (dada)
5 biji kentang
5 ulas bawang putih [dicincang halus]
2 labu bawang besar [yellow onion]


1 sudu besar yellow mustard
2 sudu besar madu
1/2 lemon [diambil jus]
Sedikit lada hitam

Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit Olive oil
2 tangkai rosemary [ditumbuk kasar]

Campurkan bawang putih yang telah dicincang bersama dengan lada hitam, lada sulah, sedikit garam dan olive oil. Kacau mesra dan masukkan kepingan dada ayam, gaulkan mesra dan tambahkan yellow mustard serta jus lemon.

Didalam tin pembakar, susunkan bawang telah dibelah kasar, kemudian letakkan kepingan ayam bersama kulit lemon yang sudah digunakan untuk jus nya tadi. Bakar di dalam oven.

Rebus kentang separuh masak [ikut citarasa], kemudian toskan. Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan kentang di sekeliling ayam, pastikan kentang diselaputi stock ayam. Teruskan membakar sehingga coklat keemasan [ikut citarasa].

Untuk brown sauce pula, saute sedikit bawang merah di dalam olive oil. Masukkan 1/4 cawan all purpose flour ke dalam sedikit minyak dan kacau sehingga sebati dan tiada ketulan. Masukkan ke dalam periuk dan campurkan sauteed onion, keep on stirring sehingga warna berubah keperangan. Tambahkan 1 pint air [ikut citarasa kepekatan sauce], tambahkan lada hitam, sedikit garam dan sedikit stok ayam yang dari ayam yang sedang dibakar. Masukkan 1 potongan kecil butter dan kacau sehingga masak.

Mudah kan! Selamat Mencuba.

Bergedil Ala Chef Bob




Ini resepi yang dimasak minggu lepas.  My Other Half punya cerita lah nih...tetiba dia lapar.  Mintak i buat Cek Mek Molek tapi sweet potatoes pula dah habis.  Kentang adalah ler...so jadiklah bergedil.  Ini hasil gorengan Chef Bob yang kelaparan lah nih...hehehe.

~Bergedil Ala Chef Bob~

5 biji kentang [ikut kesuaian saiz kentang]
1/2 tube daging cincang beku
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh rosemary
1/2 lemon
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum

Rebus kentang bersama garam dan lenyekkan.  Masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam kuali, gorengkan daging cincang sehingga separuh masak.  Toskan.  Campurkan kentang & daging cincang, lada hitam, lada sulah, rosemary dan sedikit tepung gandum.  Gaulkan adunan sehingga mesra.  Bentukkan bulat dan tekan sehingga leper.  Celup ke dalam telur dan gorengkan.
 

Monday 1 October 2012

Ikan Cencaru Sumbat Mak Tok




My Other Half belikan ikan cencaru untuk i sebab ikan tuh nampak segar. Few times bila nampak ikan nih kat hypermarket semuanya tak segar. Ikan nih kalau tak segar...adoiii memang x sedap. Alhamdulillah rezeki i last week hehe. Tapi yang lecehnya ialah masa nak siangkan ikan cencaru untuk dijadikan ikan cencaru sumbat.
  • Yang pertama ialah, bahagian kepala mestilah intact dengan badan, jangan terputus semasa menarik insang. Jika terputus, nanti kepala terdongak bila digoreng...hehe manalah cun mcm tuh kan.
  • Yang kedua, kena buat hirisan di bahagian belakang daripada bahagian kepala sampai ke ekor di kedua-dua bahagian ikan. Hirisan mestikan dalam dan sampai ke bahagian depan badan tapi jangan sampai tertebuk pula.
  • Yang ketiga, tarik perut ikan daripada bahagian belakang yang telah dihiris...dan yang tricky ialah bila membersihkan bahagian dalam ikan...payah sikit so kena ada extra effort.... pheww!!
Apa pun, bila dah selesai memasak memang berbaloi makan... hahahahh. I simply love this masakan. Ada at one time my mom bakarkan ikan cencaru sumbat...okay jugak sedapnya tapi i lebih suka goreng, sbb gula dalam cili yang telah caramelised tuh membuatkan ikan rangup dibeberapa bahagian.

Ada beberapa versi resepi ikan cencaru sumbat nih - ada yang guna cili kering, ada yang guna kelapa dan cili, ada yang letak cili padi dan macam-macam lagi. Tapi keluarga dan i sendiri cuma suka resepi yang satu nih saja :) So jom kita jengok resepi :)

~Ikan Cencaru Sumbat Mak Tok~

5 ekor ikan cencaru sederhana besar
2 1/2 labu bawang besar
10 biji cili merah segar [dibuang biji]
2 sudu besar gula
2 sudu besar asam jawa [i guna asam jawa adabi] mengikut citarasa
sedikit garam & kunyit

Mesin cili dan bawang, kemudian masukkan asam jawa & gula & garam. Kacau hingga mesra. Garam kunyitkan ikan cencaru. Sumbatkan cili ke dalam ikan. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak.

;P Mudah kan...Selamat mencuba!

Friday 14 September 2012

Udang Goreng Belacan




Today sangat letih...lari sana sini. Meeting kat Putrajaya at noon then by 2 pm dah kat opis.  Dah petang, otak pun dah letih, terpikir resepi yang belum i kongsi...So terus kepada resepi lah ya .... Okay resepi nih simple tapi sedap [semuanya sedap kan :P].  Kali pertama i makan ialah 9 tahun lepas kot.  Masa tuh my cousin Amrah datang berkunjung ke rumah my parents.  Dia tolong goreng udang for lunch...katanya masakan yang dia selalu masak kat umah...bila i cuba, sedap!  Since then, udang goreng belacan nih ada dalam senarai menu yang i masak. Tapi i olah resepi nih mengikut citarasa dan keadaan. Bukan apa, i have limited cooking hour...so yang pantas adalah pilihan i [alasan lagi].  Jom kita tengok resepi :)

~Udang Goreng Belacan~

2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dihiris tebal
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Sedikit belacan [i guna belacan maggi]
Daun saderi
Daun bawang
4 cili padi [ikut citarasa] dititik

Lumurkan udang dengan kunyit serbuk & sedikit garam.  Panaskan kuali, tumiskan bawang putih dan cili padi.  Tambah sedikit belacan kemudian terus masukkan udang. Goreng sehingga masak.  Padamkan api. Kemudian masukkan bawang besar, biarkan di dalam kuali sehingga bawang separuh masak.  Tambahkan daun saderi & daun sup.  Hidangkan.  Voila!

Terima kasih Amrah!

Wednesday 5 September 2012

Macaroni Soup




Sambil dok mengemas kabinet dapur, terpandang pulak sepeket makaroni.  Menarik nih.  Bila ditanya my girl okay tak makan makaroni for dinner, dia tak mau, nak makan nasi & ayam goreng.  Alamak!  Potong betullah anak dara sorang nih..ummi dia baru dok berangan nak makan makaroni goreng.  Hmmm...nak kena masak nasi lah pulak.  Dah ada nasi, nak masak lauk lagi...buka freezer, keluarkan ayam.  Hehehe, idea sudah mari... :P 

I goreng ayam, masak sayur campur dan buat sup ayam.  Siap masak, i hidangkan makanan for my family dan mulakan merebus makaroni untuk diri sendiri. So i had macaroni chicken soup for dinner. Voila...yummy!

Resepinya mudah jer...masak lah sup ayam dan masukkan kentang, kemudian hidangkan bersama macaroni :)  Sorry lah gambar di atas tak menarik hehe. 

Monday 3 September 2012

Gingered Chicken Tortilla




Sebenarnya ini menu last Friday. I masak Ayam Halia for Thursday dinner.  Ada leftovers.  Jumaat kan cuti umum...so lepak kat umah sebelah pagi, tengahari pulak ke KL.  Balik dah lewat.  My Other Half lapar lah pulak tapi tak mahu nasi.  

Teringat potato tortilla [flat bread] yang i beli few days back.  So, i panaskan tortilla dan Ayam Halia.  Perahkan sedikit lemon ke atas Ayam Halia, gaul sehingga mesra kemudian letakkan ke atas tortilla, gulungkan.  Voila! Easy peasy lemon squeezy :P

Boleh cuba resepi Ayam Halia or any other suitable recipes for this wraps.

Thursday 30 August 2012

Ayam Halia




Last monday i was caught in the traffic on my way back home from office.  Sampai umah dah 7.15 pm.... sampai umah terus bersilat kat dapur...and after 20 mins...voila! Hasilnya masakan orang malas...kekekekke Ayam Halia.  Eh! Okay lah tuh...masak jugak.  Apa yang penting...keikhlasan! Chewahh! Kalau tak cakap mcm tuh nak cakap macam mana lagi kan kan... :P  Jom tengok resepi.

~Ayam Halia~

Ayam (bahagian isi sahaja dan dihiris sederhana nipis)
3 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar (dimayang)
1/2 labu bawang besar (dihiris kasar)
3 inci halia (dimayang halus)
1 biji cili merah (dimayang)
1 tangkai daun bawang
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 sudu makan kicap manis (kuantiti ikut citarasa)
2 sudu makan sos tiram (kuantiti ikut citarasa)
Minyak untuk menumis
Kunyit serbuk
Sedikit air

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, isi ayam, kunyit serbuk, kicap manis & sos tiram.  Goreng sehingga ayam masak.  Tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh.  Tambahkan lada hitam, bawang besar & cili serta daun bawang.  Padamkan api serta hidangkan.  Tambahkan lagi halia yang telah dimayang jika sukakan halia segar.

Wednesday 29 August 2012

Ikan Bilis Masak Asam




Ini adalah salah satu masakan yang paling mudah tapi menyelerakan pada I.  I dah kehabisan idea nak masak apa untuk sahur puasa 6.  Sepanjang berhari raya asyik makan ayam & daging sampai jemu.  Bila ternampak ikan bilis, idea pun datang hehehe.  My Other Half bila ditanya "Ikan Bilis Masak Asam okay tak?"...dia jawab "Eh! Dah lama you tak masak...OK set!"  Tersenyum lebar lah i...sebab mudah nak masak (nampak sangat i malas kan...hehehe).  Alah sekali sekala tukar selera apa salahnya.  Masakan nih diajar oleh my Mom when i was a teenager yang sedang belajar masak.  Thanks Mom!  Jom kita tengok resepi :)

~Ikan Bilis Masak Asam~

Ikan Bilis
4 ulas bawang putih (dimayang kasar)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 inci halia (dimayang)
1 biji cili (dimayang)
1/2 sudu makan gula
1/2 cawan air asam jawa (ikut citarasa)

Gorengkan ikan bilis sehingga garing, angkat & toskan.  Tumiskan bawang putih & halia menggunakan lebihan minyak gorengan ikan bilis (atau boleh menggunakan minyak yang baru) dan masukkan air asam jawa dan gula.  Jika perlu tambahkan garam.  Apabila mendidih, perlahan api dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tambahkan bawang besar dan cili merah.  Biarkan seketika sehingga ikan bilis separuh lembut dan padamkan api.  Siap untuk dihidangkan...

Fussili Chicken





Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk semua :) Okay now let's talk food.  What do you normally do on leftovers?  Hah inilah hasil leftover pasta ada dalam fridge i....nak buang fussili kan sayang sebab last masih elok.  Buka fridge, ada ayam, carrot, cili & fennel....wahhhh menarik nih.  Too bad tak ada button mushrom.  Kalau ada lagi best!  Tapi tak apalah...masukkan aje bahan-bahan yang ada.  So i pun mula bersilat di dapur :P  Masakan yang cukup simple but delicious.  Jom tengok resepi.

~Fussili Chicken~

Fussili
Isi Ayam [didadu]
3 ulas bawang putih [ditumbuk]
1/2 labu bawang besar [didadu]
2 biji cili merah [didadu]
1/2 batang carrot [didadu]
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 tangkai fresh rosemary
Sedikit fennel [dimayang kasar]
3 sudu makan olive oil
Garam secukup rasa

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah & isi ayam.  Masukkan rosemary, lada hitam, carrot, cili merah, biarkan seketika.  Tambahkan garam secukup rasa.  Masukkan fussili dan fennel kemudian gaul sehingga mesra.  Tambahkan bawang goreng apabila siap dihidang.

Selamat mencuba.

Friday 10 August 2012

Laksam Mak Tok




Last week my mom buat laksam utara sebagai potluck majlis berbuka di rumah my sister Manja.  My Mom punya laksam memang sedap!  Tapi Mak Teh i punya laksam paling sedap heheh.  I tak dapat nak kongsi resepi kat sini sebab i belum pernah cuba masak...asyik makan jer i tau hehehe.  I letak jer gambar dulu...nanti bila i dah cuba masak, i akan snap the pic lepas tuh upload bersama resepi...Insyallah.  Layan jer lah gambar nih :P Sorrylah i nih kalau makan laksam, ulam-ulam yang lebih sampai tak nampak isinya hahahah.

Daging Berempah Ekspres



Ini pulak permintaan my darling girl yang keletihan berpuasa tuh yesterday.  So sambil bakar ikan, i goreng daging nih, ekspres! Kelam kabut betul mengejar masa.  Dah lama i tak goreng daging.  Kat umah tuh red meat kurang sikit.  Sekali sekala barulah i masak.  Okay lah silalah menjamu mata :)

~Daging Goreng Berempah~

Daging
1 labu bawang besar
1 cili merah
1 tangkai daun saderi
1 sudu kicap manis
1/2 sudu lada hitam
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit serbuk

Panaskan minyak, masukkan daging yang telah digaul mesra bersama garam & kunyit.  Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga air kering dan daging lembut.  Masukkan rempah kari, kacau sehingga rempah masak. Masukkan kicap dan lada hitam.  Masukkan bawang besar, cili merah dan daun saderi.

Simple kan!! Selamat mencuba.

Ikan Bakar & Air Asam




Salam Jumaat untuk semua :) Hari nih busy sikit so x boleh nak berceloteh panjang.  I nak tunjuk menu yang i masak semalam for berbuka.  My Other Half nak makan ikan bakar daun pisang & air asam. I guna kunyit hidup yang ditumbuk bersama garam dan dilumurkan pada ikan sehingga rata, kemudian dibalut dengan daun pisang.  Panggangkan di atas api sederhana perlahan.  Ikan bakar nih ditemani [chewahh!] oleh air asam.  Sorry lah ya gambar ikan tuh tak cun..tak kose nak cantikkan susunan segala sebab azan berkumandang..

~Air Asam Maktok~

2 inci belacan yang telah dibakar
1 biji limau nipis
2 biji tomato muda
2 biji cili merah
10 cili padi (dilenyek)
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa


Hiriskan bawang besar, tomato muda dan cili merah.  Hancurkan belacan dan tambahkan sedikit air, masukkan limau nipis, garam dan air asam jawa. Lenyekkan cili padi.  Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris. Siap dihidangkan.

Selain daripada cara di atas, boleh juga dicuba cara kedua ini -  belacan ditumbuk bersama cili merah sehingga hancur [seperti membuat sambal belacan], tambahkan sedikit air, air limau nipis, garam, air asam jawa dan campurkan dengan bahan-bahan yang telah dimayang.

Thursday 9 August 2012

Sambal Tempe Ikan Bilis



I teringin sangat nak makan sambal tempe ikan bilis nih...tapi kat rumah tuh i sorang jer yang makan tempe nih, itupun kalau digoreng garing ler.  So lepas selesaikan masakan for My Other Half & daughter, i masak ler untuk i pulak.  Cubaan pertama yang menjadi ...alhamdulillah kena dengan citarasa i. 

I kan tak pandai masak sambal tempe nih...dulu pernah cuba tapi silap teknik..jadik lembik...dan bila lembik tekak i tidaklah dapat menerima tempe.  Baru-baru nih i terbaca cara buat sambal tempe ikan bilis nih di blog  Chef Hanieliza , baru i tau tempe & bilis digoreng asing kemudian baru dicampur bersama.  Terima kasih ya Chef Liza.

~Sambal Tempe Ikan Bilis~

6 sudu makan cili kisar [telah dikisar bersama bawang merah & putih]
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh kicap manis
sedikit garam
sedikit air asam jawa

Gorengkan ikan bilis & tempe berasingan sehingga garing, angkat & toskan.  Tumiskan cili kisar, kemudian masukkan sedikit gula dan air asam jawa & kicap manis.  Tambahkan sedikit garam secukup rasa.  Biarkan sehingga masak.  Padamkan api dan biarkan seketika.  Masukkan ikan bilis & tempe yang telah ditoskan tadi ke dalam sambal dan gaulkan sehingga mesra.

Selamat mencuba :)


Penggal Asam Ayam



Dah lama i tak makan penggal asam (penggasam) nih...Last makan was in June in Penang. Sebenarnya ini adalah masakan turun temurun keluarga sebelah my Babuji :)  So yesterday i mintak resepi from my cousin, balik umah i masak sebab My Other Half & daughter dok sebut-sebut menu nih.  Entah apa silap...kurang jadik ler...rasanya kurang cili & santan.  Akan tetapi disebabkan depa dah kelaparan tahap mega...maka depa makan dengan jayanya...

So i letak gambar jer lah...i cuba masak sekali lagi dan kalau jadi, i akan update the resepi :)  till then, sila jamu mata dah lah yer hihi :P

Tuesday 7 August 2012

Sambal Sotong Petai




Isnin 6 August kan cuti sempena Nuzul Quran, so i lepak di rumah jer.  Dari pagi sampai almost 2 pm dok buat biskut raya [or more like biskut ramadhan sebab tak sempat simpan for raya].  By the way i siapkan 2 biskut nih dan mengemas segala...i dah keletihan.  Petang My Other Half cadangkan berbuka di luar.  Mulanya setuju lah tapi by 4 pm, rasa malas mula datang hehe.  Cuaca pun mendung. Tak payah keluarlah today. So i pun ke dapur at 5 pm, keluarkan sotong.  Ingatkan nak buat Calamari Rings tapi My Other Half mintak buat sambal tumis sotong petai.  Petai pun ada 2 keping jer. 

My Other Half nih kalau petai dia suka sekali dengan kulit dan tak suka dihiris halus.  Tak dapat rasa katanya. I lagi ler suka kalau hiris tebal sebab mudahkan kerja i...betul tak? hehehe.  So yesterday i masak sambal sotong petai, ikan bawal goreng, singgang ikan kembung dan udang goreng kunyit.

Cara memasak sambal sotong petai ni sangat mudah. Gorengkan petai sebentar, angkat & toskan.  Campurkan ke dalam sambal sotong apabila telah siap dimasak.  Untuk resepi sambal sotong, rujuk Sambal Sotong Ummi . Errr...maaflah ya kualiti gambar x memuaskan.

Selamat mencuba :)

Udang Goreng Berempah




Udang goreng berempah ni diminta oleh my girl for iftar minggu lepas.  I pun turutkan jer sbb sangat mudah dimasak lagipun sedap.  Udang pun dah siap dibuang kulit beberapa hari lepas jadi cepatlah persiapan nak memasak.  Hehe apa saja resepi yang mudah....okay jer.  Jom layan resepi yang simple ni :)

~Udang Goreng Berempah~

Udang [dibuang kulitnya]
2 sudu makan rempah kari [ikut kuantiti udang]
1/2 sudu makan serbuk kunyit [ikut kuantiti udang]
1 labu bawang besar [dihiris kasar untuk hiasan]
1 cili merah [dihiris]
3 tangkai daun saderi
1 tangkai daun bawang
1 sudu makan kicap manis
Garam & lada hitam

Udang yang telah ditoskan, digaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.  Panaskan minyak dan masukkan udang, perlahankan api, tambahkan serbuk kari. Gorengkan sehingga udang masak.  Tambahkan sedikit kicap manis.  Padamkan api.  Taburkan lada hitam, bawang besar, hirisan cili, daun saderi & daun sup.  Kacau sehingga mesra dan biarkan seketika.

Selamat mencuba ;)


Gulai Ikan Kering Mak Tok




Sabtu lepas adik i si Manja menjadi tuan rumah majlis berbuka keluarga.  It was more like a pot-luck session lah...so i ditugaskan memasak kurma & kerabu.  Seorang lagi adik perempuan i tuh dia pulak kuih-muih (tapi dia beli semuanya :P), my sister inlaw pulak bawak sagu gula melaka dan my mom pulak bawak homemade laksam dan gulai ikan kering seperti gambar diatas.  Host pulak masak mixed vege dan ikan percik.

I belum sempat masak gulai ikan kering sepanjang berpuasa ni, jadi i gunakan gambar hasil masakan my mom.  Jom kita tengok resepi.

~Gulai Ikan Kering Mak Tok~

Ikan kering talang (campurkan bahagian tulang)
2 senduk serbuk kari daging
1 sudu cili kisar
1 labu bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dimayang)
5 biji bawang merah (dimayang)
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
2 biji kentang
1 biji lobak merah (dipotong jejari)
1 biji terung
2 biji cili merah
1 biji tomato
Sedikit air asam jawa

Campurkan bawang yang telah dikisar atau ditumbuk bersama serbuk kari, tambah sedikit air dan jadikan pes.  Masukkan ke dalam periuk bersama dengan ikan kering (kepingan tulang), tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh.  Masukkan santan, kentang dan lobak, biarkan seketika. Tambahkan air asam jawa, garam jika tidak masin & sedikit gula. Masukkan terung & tomato.  Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih dengan di atas api yang perlahan. 

Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.  Masukkan bawang merah & bawang putih yang telah dimayang bersama kulit kayu manis dan bunga lawang dan daun kari.  Goreng sehingga bawang menjadi perang keemasan.  Tuangkan bahan yang ditumis bersama sedikit minyak tumis ke dalam periuk kari dan tudung segera.  Biarkan beberapa minit barulah hidangkan.

Selamat mencuba :)

Monday 6 August 2012

Ikan Masak Cuka




Hari nih kekurangan idea apa nak dimasak masa berbuka.  Lagipun sampai rumah agak lewat, Hah, resepi paling mudah, apa lagi kalau bukan Ikan Masak Cuka atau jugak dikenali sebagai Acar Ikan.  I suka masakan nih sebab mudah tapi sedap.  Malas nak cerita panjang, jom layan resepi.

~Ikan Masak Cuka~

Ikan Kembung (ikut citarasa)
2 labu bawang besar (dibelah kasar)
8 biji bawang putih (dibelah kasar)
3 inci halia muda dimayang
1/2 sudu teh biji sawi
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
sedikit cuka & air
garam & garam secukup rasa

Ikan digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.  Tumis biji sawi bersama sedikit bawang putih, masukkan sedikit air.  Tambahkan sedikit cuka, gula & garam.  Biarkan mereneh kemudian tambahkan semua bahan-2 seperti bawang besar, bawang putih, halia dan cili. Masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuah dan biarkan sebentar :)

Friday 3 August 2012

Kerabu Suhun Ummi





Dah hampir 2 minggu berpuasa, belum sekali pun lagi pergi berbuka di luar dan membeli lauk-pauk di Pasar Ramadhan.  Setakat beli kuih tuh baru 3 kali.  Wah! Ini satu pencapaian hebat tau...sebab tahun-tahun sebelumnya Pasar Ramadhan setiap hari i kunjungi dan selalu pergi berbuka di luar.  Masa dok berfikir menu untuk dimasak tengahari kelmarin, tiba tiba teringat kerabu suhun.  I nih memang suka kerabu...especially kerabu suhun sebab masam-masam pedas. 

Suhun pun dah ada kat rumah.  All the greens needed pun ada...Wah! Ini sudah bagus hihi.  Alhamdulillah hasilnya mengikut citarasa i lah.  My Other Half pun makan berulang.  A good sign lah tuh :) Jom kita tengok resepi yang i namakan Kerabu Suhun Ummi sebab i campak jer apa yang i nak ke dalam resepi hihi.


~Kerabu Suhun Ummi~

2 paket Suhun
2 cili padi - ditumbuk
1/2 genggam udang kering
2 cili besar merah - dimayang
1 cili besar hijau - dimayang
2 pokok daun bawang
1 pokok daun saderi
1 pokok daun ketumbar
2 biji limau nipis
1 labu bawang besar - dimayang
3 biji bawang kecil
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Lada Hitam
Bawang goreng

Celur suhun dan toskan.  Tumbuk cili padi bersama belacan dan udang kering.  Masukkan ke dalam mangkuk besar untuk memudahkan proses menggaul.  Masukkan cili dan bawang yang telah dimayang bersama daun saderi, daun bawang dan daun ketumbar.

Tambahkan suhun yang telah ditoskan tadi ke dalam ramuan.  Gaulkan sehingga mesra.  Tambahkan garam ke dalam perahan limau nipis.  Kacau sehingga larut.  Tuang ke atas kerabu.  Tambahkan lada hitam dan bawang goreng.  Gaul dan hidangkan :)

Thursday 2 August 2012

Pajeri Nenas Honey




Teringin nak makan pajeri nenas lah pulak...so balik jer frm office, terus ke kedai beli nenas.  Bahan-bahan yang lain dah ada.  Pandai ker nak masak pajeri nenas nih? Ingat-ingat lupa lah pulak.  My darling ex-housemate, Honey yang ajar i masak pajeri nenas ni dulu.  That was 15 years ago in a different continent.  Hah tuh dia.  So i namakan lah Pajeri Nenas Honey...bukan sebab i guna nenas madu tapi sebab i ambil nama Honey.  If she reads this ... i missed those old days when the 4 of us were busy gossipping, singing and do all the funny & stupid things in the kitchen...and one day during dinner , teddy girl with no shoes but socks and spatula in hand hid in the backyard because of this chap came looking for her! hahahha. 

Dah lama betul tak masak resepi ni.  Tawakkal jer lah...and i poured in my all love cooking the other day.  Alhamdulillah menjadi.  Pajeri nenas nih i buat tak begitu pekat sebabnya i suka kuah pajeri.  My other half pun makan dengan seleranya.  Terus dalam hati ada taman...kekekekekek.  Jom kita layan resepi.


~Pajeri Nenas Honey~

1 biji nenas
2 kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 sudu makan udang kering - direndam dalam air panas & ditumbuk
1 labu bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
2 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
2 senduk serbuk kari daging
1 sudu makan gula (ikut citarasa)
1/2 cawan santan pekat (ikut citarasa)
Garam secukup rasa


Campurkan bahan kisar dengan rempah kari, tambah sedikit air dan jadikan sebagai pes.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang bersama denagn kulit kayu manis, bunga lawang serta daun kari.  Apabila bawang sudah kuning keemasan, masukkan pes kari, tambahkan udang kering yang telah ditumbuk halus.  Kacau sehingga mesra dan biarkan rempah masak dan pecah minyak.  Masukkan kerisik dan biar seketika.  Tambahkan sedikit santan dan masukkan nenas yang telah dipotong bulat atau separuh bulat. Masukkan garam & gula.  Biarkan mereneh sehingga masak. 

Selamat mencuba :)

Wednesday 1 August 2012

Kurma Ayam Ekspres




I sampai rumah agak lewat hampir 6.40 pm...kelam kabut nak masak.  My other half mintak kurma ayam.  Wahhh! sedap nih, tapi masa tengah memasak, dia nak berkuah lebih.  So jadiklah macam kurma kat kedai mamak yang berkuah.  I nih pulak suka kurma macam kat kenduri kawin yang pekat.  Dilengkapi pulak dengan bawang besar yang dibelah 4...huihhh! sedap tuh.

Kurma yang i buat nih pulak i terlupa nak letak bawang besar.  I letak banyak kentang sebab depa kat rumah nih suka kentang.  Gambar kurang memberangsangkan...tapi since i dah nekad untuk kongsi sekeping gambar  hasil masakan i sepanjang bulan puasa nih, so tak kisahlah, letak jer...yang pasti i puas hati sebab licin keluarga i habiskan kekekeke.  My other half cuma cakap kurang lemak...kekeke dia tatau dia punya wife letak low fat milk + santan cair, memangler tak lemak kekekkek. Tak pa...untuk kesihatan ya tak!

Insyallah, Jumaat atau Sabtu nih masak kurma pekat pulak.  So enjoy the pic.

~Kurma Ayam Ekspres~ 

1 1/2 labu bawang besar
2 1/2 cm halia
4 biji bawang putih
3 peket kecil serbuk kurma
2 kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 1/2 biji limau nipis - diambil jus
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang lobak merah
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 tangkai daun kari
3/4 kotak low fat milk
1 cawan santan cair
1/2 ekor ayam
sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
minyak untuk menumis

Mayang 1/2 labu bawang besar dan 2 biji bawang putih. Kisar 1 labu bawang besar, halia dan bawang putih bersama rempah kurma.

Tumis bawang besar & bawang putih yang telah dimayang bersama, kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga bersama daun kari sehingga kuning keemasan.  Masukkan bahan-2 kisar dan kacau, tambah sedikit air dan biarkan sehingga rempah masak dan naik minyak.

Masukkan kentang dan ayam, biarkan seketika.  Masukkan santan cair dan renehkan.  Tambahkan susu, tomato, cili, lobak merah, sedikit gula sebagai ganti serbuk perasa, garam dan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar.  Renehkan sehingga kentang lembut.  Padamkan api, masukkan jus limau nipis.

Selamat mencuba.

Tuesday 31 July 2012

Sambal Sotong Ummi





I masak sambal sotong  dan sup sayur campur untuk berbuka semalam.  My daughter nak makan nasi kerabu so i tak masak lauk untuk dia, beli jer nasi kerabu kat pasar ramadhan.  My other half pulak balik selepas berbuka sebab ada urgent meeting, so i took my own sweet time cooking.  Rasa best sangat dapat memasak dengan tenang hehe.  Jom kita tengok resipi :)

~Sambal Sotong Ummi~

Sotong
2 senduk cili kisar (cili kering dikisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia)
1/2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan kunyit serbuk
garam secukup rasa

Campurkan garam & kunyit pada sotong, gaulkan sehingga mesra.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan sotong sehingga separuh masak dengan api sederhana.  Angkat dan toskan.

Tumiskan cili mesin di dalam minyak lebihan menggoreng sotong dengan api sederhana perlahan.  Sentiasa kacau tumisan tadi.  Masukkan kicap manis dan gula dan asam jawa. Apabila masak, masukkan sotong yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan tadi dan kacau sehingga mesra.  Voila!

Selamat mencuba :)

Monday 30 July 2012

Kerabu Bunga Betik Mak Ngah




Bunga betik nih my mom yang bagi masa i nak balik rumah sebab dia tak sempat nak buatkan kerabu for berbuka sabtu lepas.  So yesterday i pun buatlah untuk berbuka yesterday.  Jom tengok resipi.


~Kerabu Bunga Betik Mak Ngah~

Bunga Betik
3 inci halia muda - dimayang nipis
11/2 labu bawang besar - dimayang nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
5 sudu makan kelapa parut segar - ditumbuk
11/2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
2 sudu air asam jawa
2 sudu sambal belacan


Bunga betik dicelur seketika di dalam air panas.  Angkat dan toskan.  Tumbuk kepala parut segar dan udang kering, gaul sehingga mesra.  Gaulkan halia muda, bawang besar dan cili merah yang telah dimayang bersama dengan bunga betik dan kepala parut yang telah dicampur dengan udang kering.  Tambahkan sambal belacan dan air asam jawa.  Gaul sehingga mesra. 

Selamat mencuba :) 

Ketam Masak Lemak Cili Api




Awal puasa baru-baru ni i sempat masak Lemak Cili Api Ketam Nanas.  Hari tuh i nampak resepi nih kat Dapur Tanpa Sempadan  nampak menarik dan lazat, so i pun cuba.  Masakan nih  i sengaja tak letak banyak cili padi sebab my girl nak makan jugak...karang menjerit kepedasan ...kesian pulak.  So kira masak lemak cili padi yang mild jer lah nih...dan masam manis sebab i letak nanas.  Silalah menjamu mata :)

Thanks Che Mat of Dapur Tanpa Sempadan for this delicious recipe.

Saturday 28 July 2012

Singgang Ikan Tok Ma




Every dish has its own story to tell. Beberapa minggu lepas i demam teruk sangat sampai tak boleh makan dan minum pulak hanya seteguk, kalau lebih akan muntah.  Adoiiii....dugaan Allah untuk i .  Ke hospital kena warded, rupanya kena demam denggi.  Bila i keluar hospital kan, i teringin sangat nak makan singgang ikan kembung.  Itu i punya favourite tau!  Masalahnya bila i buat tak macam yang i makan my MIL buat tuh.  Apa yang kurang i pun tak tau...tahan punyalah tahan sampailah bulan puasa nih..i kata dalam hati tak boleh jadik, i must get the right recipe. I texted tanya my sister inlaw... ohhhh! patutlah i punya tak begitu menjadi...hehe ada rahsia rupanya. 

Kena masak jugak singgang untuk iftar!! I pun dengan tidak membuang masa lepas sampai umah teruslah buat segala persiapan untuk singgang nih...mudah jer bahan-2 asas untuk singgang nih....lepas masak, alhamdulillah menjadi, rasa macam yang my MIL buat. I masukkan jugak cili siam, adoiiii sedapnya! Jadi i pun ingat nak kongsilah resepi kat sini walaupun i tau ramai dah tahu resepi singgang tapi ada bahan tambahan yang tak sama yang i guna :) Sharing is caring !  So jom tengok resepi.

~Singgang Ikan Tok Ma~

3 ekor ikan kembung
6 biji bawang merah - dimayang kasar
5 biji bawang putih - dimayang kasar
3 inci lengkuas dihiris halus (i suka makan lengkuas so i lebihkan)
6 biji cili padi kampung  (jangan dipotong)
3 asam keping (tambah jika suka masam)
1/2 sudu teh budu
Garam secukup rasa
1/4 sudu teh gula  (ganti serbuk perasa)
Air

Masukkan bahan-bahan yang telah dimayang & dihiris ke dalam periuk berisi air dan didihkan diatas api sederhana besar.  Tambahkan asam keping, budu, garam & gula serta cili padi kampung.  Apabila apabila mendidih, masukkan ikan kembung. Apabila dihidang, potong cili padi kampung dengan menggunakan sudu supaya pedas.

Selamat mencuba :)