Friday, 25 October 2013

Kailan Ikan Masin Berkuah


Assalammualaikum :) I tak sihat lah pulak. Flu! Tapi tak apa, i nak share sayur yang i masak atas permintaan My Other Half. I tau semua org pandai masak kailan ikan masin, tapi i nak share apa yang i dah masak untuk dinner. Apa yang i hidangkan untuk makan malam sebagai hidangan sampingan. Sharing is caring betul tak ?

~ Kailan Ikan Masin Berkuah ~

1 ikat kailan
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
Lada hitam  
2 potong kecil ikan tenggiri masin (jumlah ikut citarasa)
Minyak untuk menumis

Gorengkan ikan masin sehingga masak. Di dalam minyak yang sama tumis bawang merah dan bawang putih sehingga keemasan bersama ikan masin tadi. Pecah-pecahkan ikan masin kemudian masukkan batang kailan yang telah potong dan dihiris sederhana nipis (batang kailan kan tebal jadi kulitnya disiat dan dihiris), tambah sedikit air supaya berkuah dan biarkan mendidih. Tambah lada hitam dan masukkan daun kailan. 

Tadaaa! Senang kan :)

4 comments:

  1. Replies
    1. Tak pernah makan kailan beb? apsal? ko tak suka ya? aku x suka bayam haha

      Delete
  2. Kalau goreng macam ni letak halia... sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweetie,

      Tak pernah lah i cuba lagi masak dengan halia. Okay nanti i cuba, nak tahu mcm mana rasanya and i shall update u :)

      Delete

Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)