Tuesday 31 July 2012

Sambal Sotong Ummi





I masak sambal sotong  dan sup sayur campur untuk berbuka semalam.  My daughter nak makan nasi kerabu so i tak masak lauk untuk dia, beli jer nasi kerabu kat pasar ramadhan.  My other half pulak balik selepas berbuka sebab ada urgent meeting, so i took my own sweet time cooking.  Rasa best sangat dapat memasak dengan tenang hehe.  Jom kita tengok resipi :)

~Sambal Sotong Ummi~

Sotong
2 senduk cili kisar (cili kering dikisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia)
1/2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan kunyit serbuk
garam secukup rasa

Campurkan garam & kunyit pada sotong, gaulkan sehingga mesra.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan sotong sehingga separuh masak dengan api sederhana.  Angkat dan toskan.

Tumiskan cili mesin di dalam minyak lebihan menggoreng sotong dengan api sederhana perlahan.  Sentiasa kacau tumisan tadi.  Masukkan kicap manis dan gula dan asam jawa. Apabila masak, masukkan sotong yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan tadi dan kacau sehingga mesra.  Voila!

Selamat mencuba :)

Monday 30 July 2012

Kerabu Bunga Betik Mak Ngah




Bunga betik nih my mom yang bagi masa i nak balik rumah sebab dia tak sempat nak buatkan kerabu for berbuka sabtu lepas.  So yesterday i pun buatlah untuk berbuka yesterday.  Jom tengok resipi.


~Kerabu Bunga Betik Mak Ngah~

Bunga Betik
3 inci halia muda - dimayang nipis
11/2 labu bawang besar - dimayang nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
5 sudu makan kelapa parut segar - ditumbuk
11/2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
2 sudu air asam jawa
2 sudu sambal belacan


Bunga betik dicelur seketika di dalam air panas.  Angkat dan toskan.  Tumbuk kepala parut segar dan udang kering, gaul sehingga mesra.  Gaulkan halia muda, bawang besar dan cili merah yang telah dimayang bersama dengan bunga betik dan kepala parut yang telah dicampur dengan udang kering.  Tambahkan sambal belacan dan air asam jawa.  Gaul sehingga mesra. 

Selamat mencuba :) 

Ketam Masak Lemak Cili Api




Awal puasa baru-baru ni i sempat masak Lemak Cili Api Ketam Nanas.  Hari tuh i nampak resepi nih kat Dapur Tanpa Sempadan  nampak menarik dan lazat, so i pun cuba.  Masakan nih  i sengaja tak letak banyak cili padi sebab my girl nak makan jugak...karang menjerit kepedasan ...kesian pulak.  So kira masak lemak cili padi yang mild jer lah nih...dan masam manis sebab i letak nanas.  Silalah menjamu mata :)

Thanks Che Mat of Dapur Tanpa Sempadan for this delicious recipe.

Saturday 28 July 2012

Singgang Ikan Tok Ma




Every dish has its own story to tell. Beberapa minggu lepas i demam teruk sangat sampai tak boleh makan dan minum pulak hanya seteguk, kalau lebih akan muntah.  Adoiiii....dugaan Allah untuk i .  Ke hospital kena warded, rupanya kena demam denggi.  Bila i keluar hospital kan, i teringin sangat nak makan singgang ikan kembung.  Itu i punya favourite tau!  Masalahnya bila i buat tak macam yang i makan my MIL buat tuh.  Apa yang kurang i pun tak tau...tahan punyalah tahan sampailah bulan puasa nih..i kata dalam hati tak boleh jadik, i must get the right recipe. I texted tanya my sister inlaw... ohhhh! patutlah i punya tak begitu menjadi...hehe ada rahsia rupanya. 

Kena masak jugak singgang untuk iftar!! I pun dengan tidak membuang masa lepas sampai umah teruslah buat segala persiapan untuk singgang nih...mudah jer bahan-2 asas untuk singgang nih....lepas masak, alhamdulillah menjadi, rasa macam yang my MIL buat. I masukkan jugak cili siam, adoiiii sedapnya! Jadi i pun ingat nak kongsilah resepi kat sini walaupun i tau ramai dah tahu resepi singgang tapi ada bahan tambahan yang tak sama yang i guna :) Sharing is caring !  So jom tengok resepi.

~Singgang Ikan Tok Ma~

3 ekor ikan kembung
6 biji bawang merah - dimayang kasar
5 biji bawang putih - dimayang kasar
3 inci lengkuas dihiris halus (i suka makan lengkuas so i lebihkan)
6 biji cili padi kampung  (jangan dipotong)
3 asam keping (tambah jika suka masam)
1/2 sudu teh budu
Garam secukup rasa
1/4 sudu teh gula  (ganti serbuk perasa)
Air

Masukkan bahan-bahan yang telah dimayang & dihiris ke dalam periuk berisi air dan didihkan diatas api sederhana besar.  Tambahkan asam keping, budu, garam & gula serta cili padi kampung.  Apabila apabila mendidih, masukkan ikan kembung. Apabila dihidang, potong cili padi kampung dengan menggunakan sudu supaya pedas.

Selamat mencuba :)



Friday 27 July 2012

Terung Berlado




"Apa kata you masak terung today?" my other half bersuara.  Okay jugak kan...! Mudah jer masakan nih tapi lain orang lain cara dan resepinya betul tak?  Jadi i rasanya elok juga i kongsi resepi nih :) Selamat mencuba.

~Terung Berlado~

2 biji terung panjang
2 senduk cili mesin (cili kering dimesin bersama bawang besar, bawang putih & halia)
2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
1 1/2 sudu makan gula (ikut kesesuaian)
Garam secukup rasa (ikut kesesuaian)

Tumis cili mesin (jangan guna cili boh) sehingga masak dan masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus.  Sentiasa kacau supaya tidak hangit.  Tambahkan gula.  Jika kurang masin, tambahkan garam.

Terung di potong panjang (terpulang pada citarasa).  Masukkan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, apabila panas, masukkan terung, balik-balikkan sehingga lembut (ikut citarasa).

Masukkan terung ke dalam kuali tumis, gaulkan rata dan hidangkan.  Selamat mencuba :)

Salam Ramadhan - Juadah Iftar



Salam Ramadhan,

Salam perkenalan untuk semua.  Blog nih dah lama wujud cuma i saja yang mengambil masa agak lama untuk menulis.  I nak mulakan blog dengan berkongsi gambar lauk-pauk yang i hidangkan untuk keluarga kecil i semenjak hari ke-2 sampailah hari ke-6 kita semua berpuasa.  Ini sebenarnya untuk motivasi diri...hihi. Memandangkan keluarga i nih ada 3 ahli saja...memasak cumalah hujung minggu kalau ada permintaan lah...

Memandangkan bulan puasa nih i terlebih rajin n sangat bosan membeli makanan di bazar ramadhan, i pun cakap dengan my other half i nak masak sepanjang ramadhan dan semoga terus berlanjutan lah azam i nih.

Makanan kat bazar ada yang sedap dan ada yang aduh...mengucap panjang bila makan.  Peniaga kat pasar ramadhan nih ada yang memang menjual makanan dan ada yang amik peluang berniaga makanan walaupun sebelum nih memang tak pernah berniaga.  Jadi hasil lauk pauk yang dijual itu sangatlah mengecewakan...harga mahal tapi tak sedap.  Macam tak ada keikhlasan pulak...ini pendapat i lah...orang lain i tak tahu.

Okay back to the story, i akan cuba membuat posting setiap resepi yang i masak sepanjang ramadhan minggu depan. 

Antara masakan yang i dah masak sepanjang 6 hari berpuasa nih adalah masak lemak cili api ketam, terung berlado, sup sayur campur, udang goreng kunyit, singgang ikan kembung, sup ayam, ikan goreng berlado, udang goreng tepung dan sayur campur sos tiram dan etc.

Opss! Memang resepi yang i masak di atas simple, tapi mengambil kira masa yang sangat singkat, kita okay lah kan...i sampai umah pun dah 6.20 pm....hah bayangkankan i bersilat di dapur tuh...

I am not a good cook but when i cook ...it is truly from my heart! Chewahhh!