Assalammualaikum :) Okay hari nih i nak kongsi resepi paling simple penyediaannya. Asyik makan nasi jer masa sahur, boring kan? So, apa kata tukar selera. Jom kita tengok resepi.
~Linguine Aglio e Olio~
1/4 peket Linguine Pasta
6 ulas bawang putih
Sedikit chilli flakes
Sedikit parsley [fresh parsley lebih sedap tapi kalau dah tak ada, dried parsley pun okay]
4 sudu besar olive oil [kuantiti minyak boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa]
Rebus linguine bersama garam sehingga al-dente. Pastikan pasta cukup rasa masin. Tumiskan bawang putih bersama chilli flakes sehingga bawang putih kuning keemasan.
Apabila pasta masak, toskan dan simpan sedikit air rebusan. Masukkan pasta ke dalam kuali dan gaulkan mesra. Tambahkan air rebusan sedikit. Taburkan fresh atau dried parsley.
Aglio e Olio nih bermaksud Garlic & Oil, jadi tak perlu letak bawang merah tapi i kadangkala letak, macam dalam gambar di atas, i letak bawang merah. IKut citarasa :)
Yang penting, pasta mesti diperisakan dengan garam jadi bahan tumisan tidak perlu diletakkan garam lagi.
Voila! Mudah jer kan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)