Ini menu last week yang i masak for bersahur dan few days later untuk berbuka pulak. Dah ada permintaan, i ikutkan ajer. Lagipun, this is healthy soup. Tak tumis, semuanya rebus jer..I tau ramai yang mahir masak tomyam, lain orang lain citarasa & cara masaknya kan. I sekeluarga memang suka tomyam putih nih. Jom kita tengok resepi.
~ Tomyam Putih Ayam ~
3 ulas bawang putih [dimayang]
2 ulas bawang merah [dimayang]
1/2 labu bawang besar [dibelah kasar]
10 biji cili padi
1 batang carrot
1 batang celery
1 tangkai daun bawang
6 helai daun limau purut
3 batang serai [dititik]
2 inci lengkuas (dimayang atau ditumbuk kasar]
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 ekor Ayam
1 biji limau nipis [ambil air perahan]
Garam secukup rasa.
Air [sukatan air terpulang kepada citarasa dan bersesuaian dengan bahan-2 yang digunakan]
Masukkan air kedalam pot kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, lengkuas, serai, daun limau purut, ayam, carrot, cili padi. Apabila masak, masukkan garam & perahan limau nipis sedikit demi sedikit supaya dapat rasa masam yang dikehendaki. Tambahkan batang celery dan daun bawang, belahan bawang besar serta tomato.
This is my version of Tomyam Putih Ayam :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)