Friday, 11 October 2013

Ketam Halia Sos Tiram


Assalammualaikum :) Beberapa hari lepas i balik rumah from ofis dah lambat.  My Other Half mulanya nak makan sandwich jer tapi tukar fikiran nak makan nasik dan ketam. I pun cakap  Masak Ketam Halia Sos Tiram jer lah. Mudah jer nak masak. Jom kita tengok resepi.

~Ketam Halia Sos Tiram~

2 ekor ketam 
Halia muda (i letak banyak)
Cili burung (pedas nih)
4 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar (dihiris kasar)
2 sudu makan sos tiram
Lada hitam 
Kunyit
Minyak untuk menumis

Bersihkan ketam, lumurkan dengan kunyit dan goreng sehingga masak. Tumis bawang putih, halia dan cili burung menggunakan minyak gorengan ketam tadi, masukkan sos tiram dan sedikit air. Tambahkan ketam yang telah digoreng tadi dan lada hitam, biarkan mereneh seketika. Padamkan api dan taburkan bawang besar, gaulkan rata.

Mudah kan? Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Beb.. mak aku kalau masak camnie dia slalu letak cuka skit.. atau air asam jawa.. sikittt jerr.. errmm.. ;( lama tak rasa masakan mak..!

    ReplyDelete
  2. Ai sedapnya ummisara... tengok gambar time perut tengah lapar ni.

    ReplyDelete
  3. Acik, yer ker? nanti aku cuba pulak. tapi kalau letak asam jawa or cuka kan, mesti kena kurangkan sos tiram lah kan.

    ReplyDelete
  4. Sweetie, hahahhaha. masakan paling simple utk dicuba.

    ReplyDelete
  5. sedapnyerrr .. dah try dah .. ummppphhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jane,

      Alhamdulillah....kita berkongsi ilmu :)

      Delete
  6. seappp .. puas hati .. cukup ummpphhhh .. hehee

    ReplyDelete

Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)