"Apa kata you masak terung today?" my other half bersuara. Okay jugak kan...! Mudah jer masakan nih tapi lain orang lain cara dan resepinya betul tak? Jadi i rasanya elok juga i kongsi resepi nih :) Selamat mencuba.
~Terung Berlado~
2 biji terung panjang
2 senduk cili mesin (cili kering dimesin bersama bawang besar, bawang putih & halia)
2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
1 1/2 sudu makan gula (ikut kesesuaian)
Garam secukup rasa (ikut kesesuaian)
Tumis cili mesin (jangan guna cili boh) sehingga masak dan masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. Tambahkan gula. Jika kurang masin, tambahkan garam.
Terung di potong panjang (terpulang pada citarasa). Masukkan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, apabila panas, masukkan terung, balik-balikkan sehingga lembut (ikut citarasa).
Masukkan terung ke dalam kuali tumis, gaulkan rata dan hidangkan. Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)