Sunday 6 October 2013

Gulai Ayam Minang


Assalammualaikum :) Semoga hari kita semua bermanfaat dan ceria.  Sebenarnya dah lama i teringin untuk cuba masak masakan minang atau padang tapi tak pernah berkesempatan. Kalau teringin nak makan, i kenalah pergi ke restoran yang specialized in masakan padang nih.  Okay, baru nih semasa dok sibuk tengok resepi kat blog Dapur Ibundo terjumpa lah resepi Gulai Ayam Minang nih. Menurut beliau, resepi ini diberi oleh sepupu beliau yang berasal dari daerah Minangkabau. Bagai pucuk dicita ulam mendatang ler heheheh. So i cuba masak resepi beliau untuk makan tengahari Sabtu lepas. Resepi dibawah telah diolah mengikut kesesuaian untuk keluarga kecil i :)  Jom kita tengok resepi ni.

~Gulai Ayam Minang~

1/2 ekor ayam
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
2 inci kunyit *
2 biji bawang besar (sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
3 biji cili merah * (tambah cili padi sekiranya mahu pedas)
2 biji cili hijau * 
3 batang serai *
1  helai daun kunyit *
3 helai daun limau purut dibuang tulangnya *
1 cawan santan pekat (setengah dijadikan santan cair)
2 keping asam gelugur
Garam & gula  secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan bertanda * dikisar sehingga halus dan ditumis sehingga masak (kering airnya). Masukkan ayam dan biarkan mereneh  sehingga air ayam tadi kering.  Tambahkan santan cair, garam dan asam keping dan kacau sehingga mesra.  Kemudian tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.

Terima kasih pada Bundo dari Dapur Bundo :)

4 comments:

  1. Terliur plak tengok..! aku husband orang minang pun tak masak gulai nie beb.. hehehe.. mak mentua aku pun jarang masak gulai nie.. sebabnya bersantan..
    One day nak try jugak.. :)

    ReplyDelete
  2. aku rasa kan, kalau tak letak santan pekat pun tak apa tau.

    sbb bahan-bahan kisar tuh dah pekt, tambah sikit santan cair jer or maybe boleh substitute dengan susu kalau suka.

    aku dengan jemine memang hantu gulai ayam minang nih beb.

    ReplyDelete
  3. kak..sorry nak tnya..ditumis tu means tumis dgn minyak ke?

    ReplyDelete
  4. Hi ease alias,

    yer dik, tumis dengan minyak :)

    ReplyDelete

Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)