Tuesday 22 October 2013

Sambal Bilis Ekspress

Assalammualaikum :) I sangat busy jadi tak dapatlah nak berceloteh panjang. Jom layan resepi untuk orang busy :P



~ Sambal Bilis Goreng Ekspres ~

Ikan Bilis 
2 1/2 senduk cili kisar (yang i dah siap kisar dengan bawang merah, bawang putih dan halia)
2 Asam keping
Sedikit kicap manis
Minyak untuk menggoreng ikan bilis dan menumis

Basuh dan toskan ikan bilis.  Ikan bilis dan cili kisar mestilah balance kuantiti. Tumis cili kisar dengan minyak bekas goreng ikan bilis dan masukkan asam keping. Goreng sehingga cili masak. Masukkan sedikit kicap manis. Tidak perlu tambahkan garam kerana minyak bekas goreng ikan bilis sudah ada rasa masin. Masukkan ikan bilis dan biarkan seketika. Jika masih belum masin, tambahkan garam.

Nota: I x suka guna cili boh atau cili mesin yang dibeli. Selalunya i akan kisar cili bersama bawang merah, bawang putih & halia.  Jadi semua masakan i yang menggunakan cili kisar mesti ada halia hahahahh.

Mudah kan? Sangat sesuai untuk i tau , i kan busy heheheh.

6 comments:

  1. Kalau saya tak suka masukkan halia tu.... sebab pada pendapat saya ia membunuh rasa masam, manis dan pedas sambal tu... tapi kalau goreng sayur.. ya... saya akan letak halia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweetie, sama mcm pendapat my mom. tapi i nih apa yang mudah capai haha. Tapi i tak pernah pulak goreng sayur letak halia. Nanti i cuba nak tahu mcm mana rasanya.

      Thanks dear.

      Delete
  2. I buat sambal pun x letak halia.
    Biasa blend cili jer.. bawang dll tumbuk atau hiris masa nak masak..
    Ini btul punya fast nie..

    ReplyDelete
  3. hahahah betul acik. i nih betul-2 ekspress. guna apa saja yang within my reach. as long as i know the taste is right then okay jer.

    kalau my mom dia cuma blend dgn bawang n garlic jer. aku terlebih sudah hahahahah.

    ReplyDelete
  4. busy2 pun siap jugak memang express lah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani, tuh lah kan kekekkek sekadar terdaya untuk pastikan ada hot meal on the table.

      Delete

Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)