Assalammualaikum :) I sangat busy jadi tak dapatlah nak berceloteh panjang. Jom layan resepi untuk orang busy :P
~ Sambal Bilis Goreng Ekspres ~
Ikan Bilis
2 1/2 senduk cili kisar (yang i dah siap kisar dengan bawang merah, bawang putih dan halia)
2 Asam keping
Sedikit kicap manis
Minyak untuk menggoreng ikan bilis dan menumis
Basuh dan toskan ikan bilis. Ikan bilis dan cili kisar mestilah balance kuantiti. Tumis cili kisar dengan minyak bekas goreng ikan bilis dan masukkan asam keping. Goreng sehingga cili masak. Masukkan sedikit kicap manis. Tidak perlu tambahkan garam kerana minyak bekas goreng ikan bilis sudah ada rasa masin. Masukkan ikan bilis dan biarkan seketika. Jika masih belum masin, tambahkan garam.
Nota: I x suka guna cili boh atau cili mesin yang dibeli. Selalunya i akan kisar cili bersama bawang merah, bawang putih & halia. Jadi semua masakan i yang menggunakan cili kisar mesti ada halia hahahahh.
Mudah kan? Sangat sesuai untuk i tau , i kan busy heheheh.






