Tiba-tiba teringat lemak cili api sardin...hmmmm sedapnya! Semua bahan yang diperlukan ada kat dapur nih...hehe memang rezeki! Kejap ajer dah siap. Jom tengok resepi.
~ Lemak Cili Api Sardin ~
15 biji cili padi [ikut citarasa]
2 batang serai [dititik]
3 biji kentang [dipotong kecil]
1 biji tomato [dibelah 4]
3 inci kunyit hidup
3 asam keping [ikut citarasa]
1 tin besar sardin
sedikit santan
sedikit garam
secubit gula [pengganti serbuk perasa]
Tumbukkan kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit santan yang cair dan biarkan mereneh bersama serai & kentang. Apabila kentang empuk, masukkan 2 sudu kuah sardin, santan dan asam keping ke dalam periuk. Masukkan ikan sardin, sedikit garam, tomato dan secubit gula. Biarkan mereneh seketika sehingga masak.
Ini adalah cara i masak..lain orang lain caranya. Untuk lemak cili pi sardin i memang tak masukkan bawang. I suka sangat masakan nih tapi tak boleh lah masak lemak selalukan. Kalau tak mahu guna santan...boleh ganti dengan susu. I've tried it! Sedap.

