Tiba-tiba teringat lemak cili api sardin...hmmmm sedapnya! Semua bahan yang diperlukan ada kat dapur nih...hehe memang rezeki! Kejap ajer dah siap. Jom tengok resepi.
~ Lemak Cili Api Sardin ~
15 biji cili padi [ikut citarasa]
2 batang serai [dititik]
3 biji kentang [dipotong kecil]
1 biji tomato [dibelah 4]
3 inci kunyit hidup
3 asam keping [ikut citarasa]
1 tin besar sardin
sedikit santan
sedikit garam
secubit gula [pengganti serbuk perasa]
Tumbukkan kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit santan yang cair dan biarkan mereneh bersama serai & kentang. Apabila kentang empuk, masukkan 2 sudu kuah sardin, santan dan asam keping ke dalam periuk. Masukkan ikan sardin, sedikit garam, tomato dan secubit gula. Biarkan mereneh seketika sehingga masak.
Ini adalah cara i masak..lain orang lain caranya. Untuk lemak cili pi sardin i memang tak masukkan bawang. I suka sangat masakan nih tapi tak boleh lah masak lemak selalukan. Kalau tak mahu guna santan...boleh ganti dengan susu. I've tried it! Sedap.
Sardin dalam tin I selalu masak sambal je hehe (sebab anak2 suka). Then my friend said masak kari pun sedap! Anak2 I pun memang suka kari.
ReplyDeleteHmm dah lama tak masak sardin & I will definitely cook this. Brg2 ada dah tu cuma sardin je takde & cili api dlm fridge dah kecut2 lak haha.
Will buy some from pasar kecik kejap lagi :P
Soho Mama, i pun suka kari sardin...sedap :) tambah lagi makan dengan roti wow...sedap.
ReplyDeletecuba lah masak lemak nih, if nak sedap lagi kan u masukkan belimbing buluh... :)
huh..sedap nampak, hujung minggu ni boleh masak ni..
ReplyDeletex penah masak...nk cuba la tuk bersahur nti...bahan2 dah ada...
ReplyDeletex penah masak...nk cuba la tuk bersahur nti...bahan2 dah ada...
ReplyDeletegee,
ReplyDeletesilalah cuba :)
kalau ada belimbing buluh, masukkan sekali. sedap.