Showing posts with label Bakar. Show all posts
Showing posts with label Bakar. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Ayam Percik Mak Ngah


Assalammualaikum :) Hari tuh i cuba masa ayam percik putih kelantan.  Kali nih i masak pulak resepi my mom yang i telah olahkan mengikut kesesuaian hehe.  Kami adik beradik memang suka ayam percik nih. Jom kita tengok resepi :)

~Ayam Percik Mak Ngah~

1/2 ekor ayam
2 biji bawang besar (sederhana besar)
2 biji bawang putih
11/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
Sedikit cili kering (jumlah terpulang pada citarasa)
2 keping asam keping (jumlah ikut citarasa)
1 cawan santan pekat
Sedikit garam & gula

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dan cili kering bersama santan sehingga halus kecuali asam keping dan masukkan ke dalam kuali. Ayam diperap seketika dengan sedikit bahan yang dikisar.  Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan-bahan yang dikisar dan biarkan seketika sehingga separuh masak. Angkat ayam dan letakkan di atas non-stick pan atau griddle yang telah dipanaskan. 

Kacau kuah percik perlahan-lahan diatas api yang sederhana. Tambahkan asam keping dan perisakan dengan garam & gula. Biarkan sehingga pekat dan padamkan api.

Letakkan kuah percik /sapukan di atas ayam (basting) dan pastikan ayam tidak hangus. apabila ayam masak, angkat dan tuangkan lebihan kuah percik ke atas ayam.

Kalau panggang di atas pemanggang arang memang sedap tapi, hish manalah ada kesempatan dan ruang nak memanggang cara gitu lak.  So panggang jer atas griddle :)

Selamat mencuba.

Friday, 10 August 2012

Ikan Bakar & Air Asam




Salam Jumaat untuk semua :) Hari nih busy sikit so x boleh nak berceloteh panjang.  I nak tunjuk menu yang i masak semalam for berbuka.  My Other Half nak makan ikan bakar daun pisang & air asam. I guna kunyit hidup yang ditumbuk bersama garam dan dilumurkan pada ikan sehingga rata, kemudian dibalut dengan daun pisang.  Panggangkan di atas api sederhana perlahan.  Ikan bakar nih ditemani [chewahh!] oleh air asam.  Sorry lah ya gambar ikan tuh tak cun..tak kose nak cantikkan susunan segala sebab azan berkumandang..

~Air Asam Maktok~

2 inci belacan yang telah dibakar
1 biji limau nipis
2 biji tomato muda
2 biji cili merah
10 cili padi (dilenyek)
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa


Hiriskan bawang besar, tomato muda dan cili merah.  Hancurkan belacan dan tambahkan sedikit air, masukkan limau nipis, garam dan air asam jawa. Lenyekkan cili padi.  Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris. Siap dihidangkan.

Selain daripada cara di atas, boleh juga dicuba cara kedua ini -  belacan ditumbuk bersama cili merah sehingga hancur [seperti membuat sambal belacan], tambahkan sedikit air, air limau nipis, garam, air asam jawa dan campurkan dengan bahan-bahan yang telah dimayang.