Salam Jumaat untuk semua :) Hari nih busy sikit so x boleh nak berceloteh panjang. I nak tunjuk menu yang i masak semalam for berbuka. My Other Half nak makan ikan bakar daun pisang & air asam. I guna kunyit hidup yang ditumbuk bersama garam dan dilumurkan pada ikan sehingga rata, kemudian dibalut dengan daun pisang. Panggangkan di atas api sederhana perlahan. Ikan bakar nih ditemani [chewahh!] oleh air asam. Sorry lah ya gambar ikan tuh tak cun..tak kose nak cantikkan susunan segala sebab azan berkumandang..
~Air Asam Maktok~
2 inci belacan yang telah dibakar
1 biji limau nipis
2 biji tomato muda
2 biji cili merah
10 cili padi (dilenyek)
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
Hiriskan bawang besar, tomato muda dan cili merah. Hancurkan belacan dan tambahkan sedikit air, masukkan limau nipis, garam dan air asam jawa. Lenyekkan cili padi. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris. Siap dihidangkan.
Selain daripada cara di atas, boleh juga dicuba cara kedua ini - belacan ditumbuk bersama cili merah sehingga hancur [seperti membuat sambal belacan], tambahkan sedikit air, air limau nipis, garam, air asam jawa dan campurkan dengan bahan-bahan yang telah dimayang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)