Tuesday 31 July 2012

Sambal Sotong Ummi





I masak sambal sotong  dan sup sayur campur untuk berbuka semalam.  My daughter nak makan nasi kerabu so i tak masak lauk untuk dia, beli jer nasi kerabu kat pasar ramadhan.  My other half pulak balik selepas berbuka sebab ada urgent meeting, so i took my own sweet time cooking.  Rasa best sangat dapat memasak dengan tenang hehe.  Jom kita tengok resipi :)

~Sambal Sotong Ummi~

Sotong
2 senduk cili kisar (cili kering dikisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia)
1/2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan kunyit serbuk
garam secukup rasa

Campurkan garam & kunyit pada sotong, gaulkan sehingga mesra.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan sotong sehingga separuh masak dengan api sederhana.  Angkat dan toskan.

Tumiskan cili mesin di dalam minyak lebihan menggoreng sotong dengan api sederhana perlahan.  Sentiasa kacau tumisan tadi.  Masukkan kicap manis dan gula dan asam jawa. Apabila masak, masukkan sotong yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan tadi dan kacau sehingga mesra.  Voila!

Selamat mencuba :)

5 comments:

  1. Assalam

    I menyinggah dari blog Ja terus masuk dapur you.

    Hari nih plan nak masak apa agaknya?

    ReplyDelete
  2. Selamat datang ke dapoq i nih :)

    Dok pikiaq lagi nih tak tau nak masak apa. Rasa mcm nak buat kari ayam jer kot.

    ReplyDelete
  3. Semalam I dah masak sambal udang. So today tak leh la nak buat sambal lagi. Ayooo fenin gak nk fikir apa mau masak daaa?? Habis round 1 week, dah tak dak idea :P

    ReplyDelete
  4. Kak Kay...

    i pun sama...so today maybe i masak kari pulak hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)