Ini resepi yang dimasak minggu lepas. My Other Half punya cerita lah nih...tetiba dia lapar. Mintak i buat Cek Mek Molek tapi sweet potatoes pula dah habis. Kentang adalah ler...so jadiklah bergedil. Ini hasil gorengan Chef Bob yang kelaparan lah nih...hehehe.
~Bergedil Ala Chef Bob~
5 biji kentang [ikut kesuaian saiz kentang]
1/2 tube daging cincang beku
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh rosemary
1/2 lemon
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum
Rebus kentang bersama garam dan lenyekkan. Masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam kuali, gorengkan daging cincang sehingga separuh masak. Toskan. Campurkan kentang & daging cincang, lada hitam, lada sulah, rosemary dan sedikit tepung gandum. Gaulkan adunan sehingga mesra. Bentukkan bulat dan tekan sehingga leper. Celup ke dalam telur dan gorengkan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)