Tuesday 9 October 2012

Masak Lemak Cili Api Sardin



Tiba-tiba teringat lemak cili api sardin...hmmmm sedapnya! Semua bahan yang diperlukan ada kat dapur nih...hehe memang rezeki!  Kejap ajer dah siap. Jom tengok resepi.
 
~ Lemak Cili Api Sardin ~
 
15 biji cili padi [ikut citarasa]
2 batang serai [dititik]
3 biji kentang [dipotong kecil]
1 biji tomato [dibelah 4]
3 inci kunyit hidup
3 asam keping [ikut citarasa]
1 tin besar sardin
sedikit santan
sedikit garam
secubit gula [pengganti serbuk perasa]
 
Tumbukkan kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat.  Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit santan yang cair dan biarkan mereneh bersama serai & kentang. Apabila kentang empuk, masukkan 2 sudu kuah sardin, santan dan asam keping ke dalam periuk. Masukkan ikan sardin, sedikit garam, tomato dan secubit gula.  Biarkan mereneh seketika sehingga masak.
 
Ini adalah cara i masak..lain orang lain caranya.  Untuk lemak cili pi sardin i memang tak masukkan bawang.  I suka sangat masakan nih tapi tak boleh lah masak lemak selalukan.  Kalau tak mahu guna santan...boleh ganti dengan susu.  I've tried it! Sedap.
 
 

6 comments:

  1. Sardin dalam tin I selalu masak sambal je hehe (sebab anak2 suka). Then my friend said masak kari pun sedap! Anak2 I pun memang suka kari.
    Hmm dah lama tak masak sardin & I will definitely cook this. Brg2 ada dah tu cuma sardin je takde & cili api dlm fridge dah kecut2 lak haha.
    Will buy some from pasar kecik kejap lagi :P

    ReplyDelete
  2. Soho Mama, i pun suka kari sardin...sedap :) tambah lagi makan dengan roti wow...sedap.

    cuba lah masak lemak nih, if nak sedap lagi kan u masukkan belimbing buluh... :)

    ReplyDelete
  3. huh..sedap nampak, hujung minggu ni boleh masak ni..

    ReplyDelete
  4. x penah masak...nk cuba la tuk bersahur nti...bahan2 dah ada...

    ReplyDelete
  5. x penah masak...nk cuba la tuk bersahur nti...bahan2 dah ada...

    ReplyDelete
  6. gee,

    silalah cuba :)
    kalau ada belimbing buluh, masukkan sekali. sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)