Friday, 3 August 2012

Kerabu Suhun Ummi





Dah hampir 2 minggu berpuasa, belum sekali pun lagi pergi berbuka di luar dan membeli lauk-pauk di Pasar Ramadhan.  Setakat beli kuih tuh baru 3 kali.  Wah! Ini satu pencapaian hebat tau...sebab tahun-tahun sebelumnya Pasar Ramadhan setiap hari i kunjungi dan selalu pergi berbuka di luar.  Masa dok berfikir menu untuk dimasak tengahari kelmarin, tiba tiba teringat kerabu suhun.  I nih memang suka kerabu...especially kerabu suhun sebab masam-masam pedas. 

Suhun pun dah ada kat rumah.  All the greens needed pun ada...Wah! Ini sudah bagus hihi.  Alhamdulillah hasilnya mengikut citarasa i lah.  My Other Half pun makan berulang.  A good sign lah tuh :) Jom kita tengok resepi yang i namakan Kerabu Suhun Ummi sebab i campak jer apa yang i nak ke dalam resepi hihi.


~Kerabu Suhun Ummi~

2 paket Suhun
2 cili padi - ditumbuk
1/2 genggam udang kering
2 cili besar merah - dimayang
1 cili besar hijau - dimayang
2 pokok daun bawang
1 pokok daun saderi
1 pokok daun ketumbar
2 biji limau nipis
1 labu bawang besar - dimayang
3 biji bawang kecil
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Lada Hitam
Bawang goreng

Celur suhun dan toskan.  Tumbuk cili padi bersama belacan dan udang kering.  Masukkan ke dalam mangkuk besar untuk memudahkan proses menggaul.  Masukkan cili dan bawang yang telah dimayang bersama daun saderi, daun bawang dan daun ketumbar.

Tambahkan suhun yang telah ditoskan tadi ke dalam ramuan.  Gaulkan sehingga mesra.  Tambahkan garam ke dalam perahan limau nipis.  Kacau sehingga larut.  Tuang ke atas kerabu.  Tambahkan lada hitam dan bawang goreng.  Gaul dan hidangkan :)

Thursday, 2 August 2012

Pajeri Nenas Honey




Teringin nak makan pajeri nenas lah pulak...so balik jer frm office, terus ke kedai beli nenas.  Bahan-bahan yang lain dah ada.  Pandai ker nak masak pajeri nenas nih? Ingat-ingat lupa lah pulak.  My darling ex-housemate, Honey yang ajar i masak pajeri nenas ni dulu.  That was 15 years ago in a different continent.  Hah tuh dia.  So i namakan lah Pajeri Nenas Honey...bukan sebab i guna nenas madu tapi sebab i ambil nama Honey.  If she reads this ... i missed those old days when the 4 of us were busy gossipping, singing and do all the funny & stupid things in the kitchen...and one day during dinner , teddy girl with no shoes but socks and spatula in hand hid in the backyard because of this chap came looking for her! hahahha. 

Dah lama betul tak masak resepi ni.  Tawakkal jer lah...and i poured in my all love cooking the other day.  Alhamdulillah menjadi.  Pajeri nenas nih i buat tak begitu pekat sebabnya i suka kuah pajeri.  My other half pun makan dengan seleranya.  Terus dalam hati ada taman...kekekekekek.  Jom kita layan resepi.


~Pajeri Nenas Honey~

1 biji nenas
2 kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 sudu makan udang kering - direndam dalam air panas & ditumbuk
1 labu bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
2 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
2 senduk serbuk kari daging
1 sudu makan gula (ikut citarasa)
1/2 cawan santan pekat (ikut citarasa)
Garam secukup rasa


Campurkan bahan kisar dengan rempah kari, tambah sedikit air dan jadikan sebagai pes.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang bersama denagn kulit kayu manis, bunga lawang serta daun kari.  Apabila bawang sudah kuning keemasan, masukkan pes kari, tambahkan udang kering yang telah ditumbuk halus.  Kacau sehingga mesra dan biarkan rempah masak dan pecah minyak.  Masukkan kerisik dan biar seketika.  Tambahkan sedikit santan dan masukkan nenas yang telah dipotong bulat atau separuh bulat. Masukkan garam & gula.  Biarkan mereneh sehingga masak. 

Selamat mencuba :)

Wednesday, 1 August 2012

Kurma Ayam Ekspres




I sampai rumah agak lewat hampir 6.40 pm...kelam kabut nak masak.  My other half mintak kurma ayam.  Wahhh! sedap nih, tapi masa tengah memasak, dia nak berkuah lebih.  So jadiklah macam kurma kat kedai mamak yang berkuah.  I nih pulak suka kurma macam kat kenduri kawin yang pekat.  Dilengkapi pulak dengan bawang besar yang dibelah 4...huihhh! sedap tuh.

Kurma yang i buat nih pulak i terlupa nak letak bawang besar.  I letak banyak kentang sebab depa kat rumah nih suka kentang.  Gambar kurang memberangsangkan...tapi since i dah nekad untuk kongsi sekeping gambar  hasil masakan i sepanjang bulan puasa nih, so tak kisahlah, letak jer...yang pasti i puas hati sebab licin keluarga i habiskan kekekeke.  My other half cuma cakap kurang lemak...kekeke dia tatau dia punya wife letak low fat milk + santan cair, memangler tak lemak kekekkek. Tak pa...untuk kesihatan ya tak!

Insyallah, Jumaat atau Sabtu nih masak kurma pekat pulak.  So enjoy the pic.

~Kurma Ayam Ekspres~ 

1 1/2 labu bawang besar
2 1/2 cm halia
4 biji bawang putih
3 peket kecil serbuk kurma
2 kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 1/2 biji limau nipis - diambil jus
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang lobak merah
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 tangkai daun kari
3/4 kotak low fat milk
1 cawan santan cair
1/2 ekor ayam
sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
minyak untuk menumis

Mayang 1/2 labu bawang besar dan 2 biji bawang putih. Kisar 1 labu bawang besar, halia dan bawang putih bersama rempah kurma.

Tumis bawang besar & bawang putih yang telah dimayang bersama, kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga bersama daun kari sehingga kuning keemasan.  Masukkan bahan-2 kisar dan kacau, tambah sedikit air dan biarkan sehingga rempah masak dan naik minyak.

Masukkan kentang dan ayam, biarkan seketika.  Masukkan santan cair dan renehkan.  Tambahkan susu, tomato, cili, lobak merah, sedikit gula sebagai ganti serbuk perasa, garam dan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar.  Renehkan sehingga kentang lembut.  Padamkan api, masukkan jus limau nipis.

Selamat mencuba.

Tuesday, 31 July 2012

Sambal Sotong Ummi





I masak sambal sotong  dan sup sayur campur untuk berbuka semalam.  My daughter nak makan nasi kerabu so i tak masak lauk untuk dia, beli jer nasi kerabu kat pasar ramadhan.  My other half pulak balik selepas berbuka sebab ada urgent meeting, so i took my own sweet time cooking.  Rasa best sangat dapat memasak dengan tenang hehe.  Jom kita tengok resipi :)

~Sambal Sotong Ummi~

Sotong
2 senduk cili kisar (cili kering dikisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia)
1/2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan kunyit serbuk
garam secukup rasa

Campurkan garam & kunyit pada sotong, gaulkan sehingga mesra.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan sotong sehingga separuh masak dengan api sederhana.  Angkat dan toskan.

Tumiskan cili mesin di dalam minyak lebihan menggoreng sotong dengan api sederhana perlahan.  Sentiasa kacau tumisan tadi.  Masukkan kicap manis dan gula dan asam jawa. Apabila masak, masukkan sotong yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan tadi dan kacau sehingga mesra.  Voila!

Selamat mencuba :)

Monday, 30 July 2012

Kerabu Bunga Betik Mak Ngah




Bunga betik nih my mom yang bagi masa i nak balik rumah sebab dia tak sempat nak buatkan kerabu for berbuka sabtu lepas.  So yesterday i pun buatlah untuk berbuka yesterday.  Jom tengok resipi.


~Kerabu Bunga Betik Mak Ngah~

Bunga Betik
3 inci halia muda - dimayang nipis
11/2 labu bawang besar - dimayang nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
5 sudu makan kelapa parut segar - ditumbuk
11/2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
2 sudu air asam jawa
2 sudu sambal belacan


Bunga betik dicelur seketika di dalam air panas.  Angkat dan toskan.  Tumbuk kepala parut segar dan udang kering, gaul sehingga mesra.  Gaulkan halia muda, bawang besar dan cili merah yang telah dimayang bersama dengan bunga betik dan kepala parut yang telah dicampur dengan udang kering.  Tambahkan sambal belacan dan air asam jawa.  Gaul sehingga mesra. 

Selamat mencuba :) 

Ketam Masak Lemak Cili Api




Awal puasa baru-baru ni i sempat masak Lemak Cili Api Ketam Nanas.  Hari tuh i nampak resepi nih kat Dapur Tanpa Sempadan  nampak menarik dan lazat, so i pun cuba.  Masakan nih  i sengaja tak letak banyak cili padi sebab my girl nak makan jugak...karang menjerit kepedasan ...kesian pulak.  So kira masak lemak cili padi yang mild jer lah nih...dan masam manis sebab i letak nanas.  Silalah menjamu mata :)

Thanks Che Mat of Dapur Tanpa Sempadan for this delicious recipe.

Saturday, 28 July 2012

Singgang Ikan Tok Ma




Every dish has its own story to tell. Beberapa minggu lepas i demam teruk sangat sampai tak boleh makan dan minum pulak hanya seteguk, kalau lebih akan muntah.  Adoiiii....dugaan Allah untuk i .  Ke hospital kena warded, rupanya kena demam denggi.  Bila i keluar hospital kan, i teringin sangat nak makan singgang ikan kembung.  Itu i punya favourite tau!  Masalahnya bila i buat tak macam yang i makan my MIL buat tuh.  Apa yang kurang i pun tak tau...tahan punyalah tahan sampailah bulan puasa nih..i kata dalam hati tak boleh jadik, i must get the right recipe. I texted tanya my sister inlaw... ohhhh! patutlah i punya tak begitu menjadi...hehe ada rahsia rupanya. 

Kena masak jugak singgang untuk iftar!! I pun dengan tidak membuang masa lepas sampai umah teruslah buat segala persiapan untuk singgang nih...mudah jer bahan-2 asas untuk singgang nih....lepas masak, alhamdulillah menjadi, rasa macam yang my MIL buat. I masukkan jugak cili siam, adoiiii sedapnya! Jadi i pun ingat nak kongsilah resepi kat sini walaupun i tau ramai dah tahu resepi singgang tapi ada bahan tambahan yang tak sama yang i guna :) Sharing is caring !  So jom tengok resepi.

~Singgang Ikan Tok Ma~

3 ekor ikan kembung
6 biji bawang merah - dimayang kasar
5 biji bawang putih - dimayang kasar
3 inci lengkuas dihiris halus (i suka makan lengkuas so i lebihkan)
6 biji cili padi kampung  (jangan dipotong)
3 asam keping (tambah jika suka masam)
1/2 sudu teh budu
Garam secukup rasa
1/4 sudu teh gula  (ganti serbuk perasa)
Air

Masukkan bahan-bahan yang telah dimayang & dihiris ke dalam periuk berisi air dan didihkan diatas api sederhana besar.  Tambahkan asam keping, budu, garam & gula serta cili padi kampung.  Apabila apabila mendidih, masukkan ikan kembung. Apabila dihidang, potong cili padi kampung dengan menggunakan sudu supaya pedas.

Selamat mencuba :)