Isnin 6 August kan cuti sempena Nuzul Quran, so i lepak di rumah jer. Dari pagi sampai almost 2 pm dok buat biskut raya [or more like biskut ramadhan sebab tak sempat simpan for raya]. By the way i siapkan 2 biskut nih dan mengemas segala...i dah keletihan. Petang My Other Half cadangkan berbuka di luar. Mulanya setuju lah tapi by 4 pm, rasa malas mula datang hehe. Cuaca pun mendung. Tak payah keluarlah today. So i pun ke dapur at 5 pm, keluarkan sotong. Ingatkan nak buat Calamari Rings tapi My Other Half mintak buat sambal tumis sotong petai. Petai pun ada 2 keping jer.
My Other Half nih kalau petai dia suka sekali dengan kulit dan tak suka dihiris halus. Tak dapat rasa katanya. I lagi ler suka kalau hiris tebal sebab mudahkan kerja i...betul tak? hehehe. So yesterday i masak sambal sotong petai, ikan bawal goreng, singgang ikan kembung dan udang goreng kunyit.
Cara memasak sambal sotong petai ni sangat mudah. Gorengkan petai sebentar, angkat & toskan. Campurkan ke dalam sambal sotong apabila telah siap dimasak. Untuk resepi sambal sotong, rujuk Sambal Sotong Ummi . Errr...maaflah ya kualiti gambar x memuaskan.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)