Last monday i was caught in the traffic on my way back home from office. Sampai umah dah 7.15 pm.... sampai umah terus bersilat kat dapur...and after 20 mins...voila! Hasilnya masakan orang malas...kekekekke Ayam Halia. Eh! Okay lah tuh...masak jugak. Apa yang penting...keikhlasan! Chewahh! Kalau tak cakap mcm tuh nak cakap macam mana lagi kan kan... :P Jom tengok resepi.
~Ayam Halia~
Ayam (bahagian isi sahaja dan dihiris sederhana nipis)
3 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar (dimayang)
1/2 labu bawang besar (dihiris kasar)
3 inci halia (dimayang halus)
1 biji cili merah (dimayang)
1 tangkai daun bawang
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 sudu makan kicap manis (kuantiti ikut citarasa)
2 sudu makan sos tiram (kuantiti ikut citarasa)
Minyak untuk menumis
Kunyit serbuk
Sedikit air
Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, isi ayam, kunyit serbuk, kicap manis & sos tiram. Goreng sehingga ayam masak. Tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh. Tambahkan lada hitam, bawang besar & cili serta daun bawang. Padamkan api serta hidangkan. Tambahkan lagi halia yang telah dimayang jika sukakan halia segar.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)