Udang goreng berempah ni diminta oleh my girl for iftar minggu lepas. I pun turutkan jer sbb sangat mudah dimasak lagipun sedap. Udang pun dah siap dibuang kulit beberapa hari lepas jadi cepatlah persiapan nak memasak. Hehe apa saja resepi yang mudah....okay jer. Jom layan resepi yang simple ni :)
~Udang Goreng Berempah~
Udang [dibuang kulitnya]
2 sudu makan rempah kari [ikut kuantiti udang]
1/2 sudu makan serbuk kunyit [ikut kuantiti udang]
1 labu bawang besar [dihiris kasar untuk hiasan]
1 cili merah [dihiris]
3 tangkai daun saderi
1 tangkai daun bawang
1 sudu makan kicap manis
Garam & lada hitam
Udang yang telah ditoskan, digaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dan masukkan udang, perlahankan api, tambahkan serbuk kari. Gorengkan sehingga udang masak. Tambahkan sedikit kicap manis. Padamkan api. Taburkan lada hitam, bawang besar, hirisan cili, daun saderi & daun sup. Kacau sehingga mesra dan biarkan seketika.
Selamat mencuba ;)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)